Saturday, 25 October 2014

Ali - "Sekarang saya di Sweden, mencari suaka, dakwa terima ancaman gengster, kumpulan rasis Melayu

Ahad, 26 Oktober 2014
Selamat di Sweden, aktivis dakwa terima ancaman gengster, kumpulan rasis Melayu
OLEH JENNIFER GOMEZ
Aktivis Ali Abd Jalil yang kini berada di Sweden berkata beliau menerima ancaman daripada kumpulan gengster dan rasis Melayu. – Gambar fail The Malaysian Insider.
Aktivis Ali Abd Jalil yang kini berada di Sweden berkata beliau menerima ancaman daripada kumpulan gengster dan rasis Melayu. – Gambar fail The Malaysian Insider. 

Aktivis Ali Abd Jalil, warganegara Malaysia kedua melarikan diri ke luar negara dalam beberapa minggu ini, mendedahkan melalui laman sosial Facebook miliknya hari ini yang beliau sekarang berada dalam keadaan selamat di Sweden. 

Menulis statusnya, beliau juga berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya meninggalkan Malaysia.
"Sekarang saya di Sweden, mencari suaka, kerajaan Malaysia dan Sultan melayan saya seperti sampah.
Ali juga berterima kasih kepada Amnesty International, Suaram, Antifa Malaysia, Majlis Peguam, Lawyers for Liberty, Sisters In Islam, Projek Dialog, Solidariti Mahasiswa Malaysia, rakan-rakan dan kumpulan sivil lain.
Beliau mendapat sokongan daripada rakan Facebooknya yang mengharapkan dia berada dalam keadaan baik dan mengucapkan selamat jalan.
Ali menghadapi tiga tuduhan hasutan kerana didakwa menghina kerabat diraja Johor dan Sultan Selangor dalam postingnya di Facebook.
Beliau juga ditahan polis di penjara selama 22 hari sejak 8 September dan dibebaskan pada 29 September.
Amnesty International menyifatkan Ali sebagai "banduan hati nurani" sebagai usaha menghentikan apa yang mereka sifatkan "pendakwaan terpilih".
Portal Rakyat Times melaporkan, Ali meninggalkan Malaysia pada 18 Oktober menuju ke Bangkok dan terbang ke Stockholm pada 21 Oktober.
Di Stockholm, Ali menemui Amnesty International Sweden bagi mendapatkan nasihat mengenai prosedur memohon suaka.
Beliau kemudiannya dibawa ke pusat suaka sebelum dipindahkan ke bandar lain, Morsta, menurut portal yang dimiliki aktivis dan peguam Haris Ibrahim itu.
Ia juga melaporkan, Ali sudah pun menerima permit kerja dan boleh mula bekerja di sana pada bila-bila masa.
Awal pagi ini, The Malaysian Insider menerima satu emel memberitahu Ali selamat tiba di Stockholm, Sweden selepas berjaya keluar dari Malaysia menerusi sempadan Malaysia-Thailand di Danok.
Selain Ali, seorang lagi warganegara Malaysia, blogger seks kontroversi Alvin Tan, juga dalam usaha mendapatkan suaka politik di luar negara. – 25 Oktober, 2014.
Sumber TMI.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena