Sunday, 19 October 2014

Mukaku kena selipar lagi...Lelaki ditahan kerana didakwa hina Najib! Awat, sakit ke?

Ahad, 19 Oktober 2014
Didakwa hina Najib! 

ADUH SAKITNYE MUKE AKU KENA TAMPAR DENGAN SELIPAR!!!

http://www.malaysiakini.com/news/277612

Lelaki ditahan kerana didakwa hina PM Najib

Seorang lelaki ditahan Sabtu lalu ekoran tindakannya meletak selipar atas poster perdana menteri semasa satu protes 8 Oktober lalu.

Mengesahkannya, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy berkata lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama.

Lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 504 dan 506 Kanun Keseksaan, kata Munusamy ketika dihubungi.

Seksyen 504 berkaitan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan, manakala Seksyen 506 berkaitan ugutan jenayah.

Munusamy berkata kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Lelaki tersebut dirakam meletak selipar atas poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa satu protes terhadap pemotongan subsidi bahan api dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di hadapan bangunan Parlimen pada 8 Oktober.

Gambar tersebut telah diedarkan dalam talian, termasuk oleh laman Facebook Friends of Barisan Nasional.

Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena