Peringatan Rosmah Mansor...
Nampaknya Rosmah Mansor bakal dikenang sebagi isteri Perdana Menteri yang paling kontroversi dalam sejarah politik negara. Selepas satu-satu kontroversi yang terpalit dengan figura politik yang bernama Rosmah Mansor ini.
Antara kontroversi berprofil tinggi yang pernah…. dikaitkan dengan Rosmah Mansor ialah kes pembunuhan Altantuya Shariibuu, PERMATA, Cincin RM24 Juta, koleksi barangan dan aksesori mewah Rosmah termasuk beg hermas, baju, rantai termasuklah juga cakap-cakap orang politik yang melihatkan individu bernama Rosmah Mansor lebih laju pergerakan dan silatnya dalam menguruskan negara berbanding lain-lain menteri serta tidak lupa juga kontroversi peruntukan RM711 juta yang dikatakan milik PERMATA.
Namun…..dilihat Rosmah Mansor tidak pedulikan semua tohmahan yang dilempakan kepadanya kerana beliau berpegang kepada prinsip ‘berani kerana benar’ dan tidak perlu takut sekiranya tidak melakukan kesalahan.
Katanya…..Malah, terkini Rosmah Mansor tampil untuk mendedahkan kepada umum yang mana beliau sering menjadi sasaran oleh Pakatan Rakyat kerana dikatakan Pakatan Rakyat menyebarkan fitnah, tohmahan terhadapnya selepas tidak berjaya menumbangkan dan menggulingkan suaminya iaitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak
Senarai Nasihat & Peringatan Rosmah Mansor.....
Beliau akan tetap tidak akan patah semangat walaupun dicaci dan dihina untuk tampil berkhidmat kepada anda semua. Setuju Antara nasihat, pesanan dan peringatan yang mahu disampaikan kepada anda semua di sini adalah :
- Saya tidak akan patah semangat. Selagi darah mengalir dalam badan saya, selagi itu saya akan terus berkhidmat kepada rakyat, kepada wanita
- Saya minta janganlah percaya apa yang tulis di Facebook. Kita nak tambah pahala bukan dosa. Kalau percaya benda tak betul, dia yang berdosa
- Kalau tidak ada bukti janganlah tuduh. Saya ada bukti, sebab itu saya berani kerana benar. Kenapa saya perlu takut?
- Yang iri hatinya di sebelah sana. Tapi tidak apalah, mereka nak kata apa, cakaplah. Saya paling kurang pun, akan kata syukur Alhamdullilah.
- Saya tidak kawal suami saya dalam urusan pentadbiran kerajaan
- Jangan dengar cakap orang di luar sana. Mereka kata Najib takut pada saya. Najib badannya besar, saya kecik.. saya yang takut kena lenyek
- Kalau siapa yang ada kemusykilan, terus tulis surat kepada pegawai saya di Jabatan Perdana Menteri
- Saya minta janganlah percaya apa yang tulis di Facebook. Kita nak tambah pahala bukan dosa. Kalau percaya benda tak betul, dia yang berdosa
Perbezaan Rosmah Mansor VS Hasmah Ali?
Selama lebih 20 tahun lamanya Tun Dr Mahathir Mohamad, menjadi Perdana Menteri dan Tun Dr Hasmah Mohd Ali menjadi penyokong kerjaya suaminya belum pernah Berita Semasa mendengar cakap-acakp yang kurang baik dilemparkan terhadap Siti Hasmah sehingga terus-menerus menjadi sasaran pembangkang untuk menjatuhkan Mahathir Moahamd suatu ketika dahulu. Lain pula jadinya apabila Najib Razak menjadi PM. Kenapa?
Adakah Pakatan Rakyat sudah kehilangan modal untuk bersilat politik dengan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Najib Razak ataupun Rosmah Mansor menjadi liabiliti cukup besar kepada Barisan nasional ketika ini?
0 comments:
Post a Comment