KULIAH SUBUH HARAKI
SIRI 4 ( bahagian 1 )
Firman Allah swt dalam surah Ar-Ruum ayat 41. Maksudnya;
" Telah timbul berbagai2 kerosakan dan kebinasaan di darat dan di laut disebabkan apa yg dilakukan oleh tangan2 manusia. Kerana Allah mahu merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan buruk yg mereka lakukan, supaya mereka kembali ( insaf dan bertaubat)."
Antara punca kehancuran yg berlaku terhadap manusia,negara dan agama itu ialah berpunca daripada perlantikan kepimpinan. Kerana pemimpin merupakan factor besar dalam menentukan kestabilan dan kehancuran.
Antara kecuaian dan kesalahan yg dilakukan oleh tangan manusia dalam soal kepimpinan ialah;
1. MELANTIK PEMIMPIN DARI KALANGAN WANITA.
Walaupun Islam mengakui peranan dan hak wanita, namun dalam soal kepimpinan, khususnya kepimpinan yg meliputi wilayah Tafwidh, lelaki diberikan keutamaan oleh Islam. Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 34, yg bermaksud;
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yg bertanggungjawab ke atas kaum wanita, disebabkan Allah melebihkan org2 lelaki ( dengan beberapa keistimewaan) keatas kaum wanita..".
Ayat diatas diperkuatkan lagi oleh Hadis Rasulullah saw yg diriwayatkan oleh Bukhari daripada Abu Bakrah:
Maksudnya:
" Setelah Rasulullah saw mengetahui penduduk Parsi mengangkat puteri raja Parsi sebagai pemimpin mereka lantas baginda bersabda; Tidak Berjaya satu kaum yg melantik seorng wanita sebagai pemimpin mereka".
2. MELANTIK PEMIMPIN YANG JAHIL DAN TIDAK BERILMU.
Sabda Rasulullah saw, yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, yang bermaksud;
" Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dari manusia dengan sekali gus, tetapi dengan dimatikan ulamak, sehingga tidak tinggal lagi sorg yg alim. Lalu manusia ramai melantik org yg jahil sebagai pemimpin mereka. Lalu pemimpin itu ditanya, dan ia menjawab ( memberikan fatwa) tanpa ilmu. Mereka ( pemimpin) itu sesat dan menyesatkan ( manusia ramai)".
Pemimpiin yang jahil akan lebih cepat mendatangkan kerosakan dan kebinasaan berbanding rakyat yg jahil. Justeru itu Rasulullah saw bersabda dlm hadis yg diriwayatkan oleh Abu Daud, maksudnya;
"Yang paling aku takut terhadap ummat ku ialah pemimpin2 yg menyesatkan".
3. MELANTIK PEMIMPIN YG FASIQ.
Antara tanda keberkatan dan kebaikan yg dikurniakan Allah kepada sebuah Negara, puak, dan jamaah ialah Allah melantik ( melalui perlantikan ummat) pemimpin yang Bijaksana dan mengenal Allah ( Hukama'), mereka dipantau,diselia dan dinasihati oleh Ulamak mereka dan Harta kekayaan mereka berada ditangan org2 yg dermawan dikalangan mereka. Manaakala Negara, kumpulan dan jamaah yg rosak akan dipimpin oleh org yg bodoh terhadap agama, dipantau dan dinasihati oleh kelompok manusia yg jahil dan harta berada ditangan org2 yg bakhil dikalangan mereka.
bersambung...bahagian 2.
Ustaz Mokhta Senik
K.Dewan Ulamak Negeri Pahang.
~ Batu Pahat 23/Oct/ 2014. ~
0 comments:
Post a Comment