Friday, 31 October 2014

[Video] Anwar: Shafee lebih minat bangkit perkara 'ghairah'

Jumaat, 30 Oktober 2014


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang bertindak di pihak pendakwaan lebih berminat untuk mencemar nama baiknya dan bukan menangani hujah pembelaan.

"Apa yang dilakukannya adalah membangkitkan perkara mengghairahkan untuk (dimainkan oleh) Utusan (Malaysia) dan TV3.

"Pemahaman saya ke atas amalan (guaman) ini, beliau sepatutnya menjawab isu yang dibangkitkan oleh pembelaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas persidangan rayuan sabitan Liwat II ditangguhkan tengahari ini.

Katanya, pasukan pembelaan beliau menjalankan “tugas cemerlang” namun Shafee tidak menjawab hukah yang dikemukakan berhubung bukti DNA.

Persidangan di Mahkamah Persekutuan yang berlangsung kini adalah untuk mendengar rayuan Anwar ke atas sabitan kes tersebut.

Shafee menyambung penghujahannya hari ini dengan mengemukakan butiran mengghairahkan berhubung kejadian liwat itu.

Peguam yang dilantik kerajaan itu memberitahu wartawan bahawa beliau sudahpun selesai mengemukakan 20 peratus daripada penghujahannya.

Ia akan bersambung pada hari Isnin, dan pihak pembelaan juga akan mengemukakan hujahan balas.

Ketua Hakim, Tun Ariffin Zakaria memberi gambaran bahawa persidangan itu mungkin akan dilanjutkan sehingga hari Selasa.

- mkini
BLM.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena