Monday 20 October 2014

[Video] Bela Anjing...Berkurangan pahala satu qirot (satu qirot bersamaan bukit Uhud di Madinah)

Isnin, 20 Oktober 2014



... to touch a dog' di Dataran Bandar Utama









Samak dilakukan selepas memegang anjing.

Kalau tak faham jugak...lebih baik jadi anjing!

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut menasihatkan umat Islam tidak mencipta budaya bercanggah dengan Islam dan mempunyai unsur menghina ulama.

Beliau mengulas penganjuran program menyentuh anjing - I Want To Touch a Dog - semalam. Acara yang bermula pada jam 8 hingga 10 pagi di Central Park, Bandar Utama itu turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.

Beliau menegaskan haram menyentuh anjing dengan sengaja kerana ia najis mughallazah yang dipandang serius oleh mazhab Shafie dan Hanbali.

"Perkara ini dilarang kerana tiga perkara iaitu agama, kesihatan dan budaya yang bercanggah dengan Islam.

"Perlu diingat di Malaysia kita berpegang teguh kepada mazhab Shafie.

"Jangan cuba mencipta budaya yang bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini.

"Usahlah menjadi hero dengan menimbulkan pendapat terpencil yang tidak boleh digunapakai.

"Alasan fuqaha (ahli fekah) mengenai membela anjing cukup jelas iaitu ia akan menakutkan tetamu, berkurangan pahala satu qirot (satu qirot bersamaan bukit Uhud di Madinah), malaikat rahmat tidak memasuki kediaman dan tabiat anjing suka menjilat.

"Imam al-Nawawi menyatakan tiga alasan membolehkan membela anjing iaitu menjaga tanaman, ternakan dan berburu," katanya.
Posted by Kerajaan Rakyat 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena