Tuesday, 28 October 2014

Penyokong Saiful Bukhari Hilang...Hujan lebat melanda perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya

Rabu, 29 Oktober 2014
Photo: Wahhh...de gak pemuja sexpol yg hadir...kahkah.
Wahhh...de gak pemuja sexpol yg hadir...kahkah.

Penyokong Saiful Bukhari Hilang..



Hujan lebat yang melanda sekitar kawasan pusat pentadbiran Putrajaya menyebabkan kumpulan peserta perhimpunan semakin berkurangan di luar kompleks Istana Kehakiman.

Jumlah penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjumlah kira-kira 500 orang pada pagi ini berkurangan menjadi sekitar 200 orang sahaja.

Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya bagi menunjukkan solidariti kes liwat II semakin berkurangan berikutan hujan lebat.

Kumpulan penyokong pengadu dalam kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan, pula sudah tidak kelihatan lagi setakat jam 3 petang ini.

Kumpulan penyokong Anwar yang yang setia sejak dari pagi berkumpul di perkarangan Istana Kehakiman kini berteduh di bawah khemah yang didirikan di hadapan kompleks mahkamah itu.

Sementara menunggu pendengaran itu selesai, para peserta meluangkan masa dengan mendengar ucapan daripada pemimpin dan juga bacaan sajak.

Jumlah anggota polis yang memantau perhimpunan itu juga semakin berkurangan, berbanding kira-kira 60 orang pada pagi ini.

Kumpulan anggota berkenaan bagaimanapun tetap berkawal bagi memastikan orang awam tidak memasuki kawasan Istana Kehakiman.

Perhimpunan digelar 'Rakyat Hakim Negara' itu akan dilangsungkan lagi esok pada hari terakhir pendengaran rayuan Anwar untuk kes Liwat II.

Menurut jadual programnya, ia akan dimulakan dengan solat Subuh berjemaah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Kumpulan peserta seterusnya dijadualkan berkumpul di hadapan masjid dan kemudiannya berarak ke Istana Kehakiman.

Program pada hari esok juga dirancang akan diisi dengan persembahan sketsa dan deklamasi puisi, selain ucapan para pemimpin sementara menunggu keputusan perbicaraan, dijangka jam 4 petang.

Kemuncak program itu adalah perhimpunan utama di hadapan ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya pada jam 9 malam.

- mkini
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena