Monday 20 October 2014

[Video] 'Pesta Peluk Najis Mughallazah'...Mufti Selangor nafi MAIS luluskan, MBPJ perlu beri penjelasan!

Selasa, 21 Oktober 2014



Penganjur majlis pegang anjing dikenal pasti


Bagus. Al habsi keturunan. Aku cadangkan ko buat pula mari menyentuh babi. 

Lagi elok ko cari babi hutan.
Posted by admin 

Kerabu Bersuara


MUFTI SELANGOR NAFI MAIS LULUSKAN PENGAJURAN " SAYA MAU SENTUH ANJING"



Gambar yang diperoleh, dipercayai surat sokongan rasmi kepada penganjur program itu menunjukkan Mais memberi 'lampu hijau' pada surat yang bertarikh 9 Oktober 2014.

Menggunakan cop dan tandatangan Pengerusi Mais, Datuk Mohammad Adzib Mohd Isa, majlis agama itu dalam responnya bertulis "Penganjur 'IWTTAD' untuk makluman selamat maju jaya."

Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menafikan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meluluskan penganjuran "I Want To Touch A Dog" di Central Park, Bandar Utama di Petaling Jaya, semalam.

Tamyes berkata pihaknya dimaklumkan Mais tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran kepada penganjur dan mengatakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai bidang kuasa memberi kebenaran menggunakan padang awam.

"Tidak ada satu kebenaran untuk mengadakan program sentuh anjing," katanya hari ini.

"Itu hanya dibuat individu tertentu atas inisiatif sendiri."

Katanya, MBPJ perlu memberi penjelasan membenarkan penganjuran tersebut yang dipersoalkan matlamatnya.

"Perlu ditanya apa justifikasi kerana pihak berkuasa tempatan yang berhak luluskan atau halang, bukan di bawah jabatan agama atau majlis agama," katanya.

Ditanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mahu menyiasat program itu, beliau mengalu-alukannya.

"Saya ucapkan tahniah kepada Jakim kerana campur tangan. Sekurang-kurangnya orang ramai sedar perkara ini (sentuh anjing) tidak digalakkan," katanya.

Dalam satu wawancara sebelum ini, penganjur, Syed Azmi Alhabshi mengatakan beliau mendapat kelulusan daripada Mais dan polis untuk menganjurkan program tersebut.

Mohd Tamyes berkata Islam membenarkan penganutnya memelihara anjing untuk tiga tujuan; sebagai haiwan buruan, binatang terlatih untuk menjaga haiwan ternakan, dan sebagai pengawal keselamatan termasuk membanteras jenayah dadah dan narkotik.

"Tapi program kalau semata-mata berjinak dengan anjing sama seperti pelihara kucing; dipeluk, dicium, saya percaya itu bukan matlamat pelihara anjing dalam Islam," katanya.

Menurut mufti Selangor itu, matlamat penganjur juga dipersoalkan apabila anjing yang dibawa ke program itu kebanyakannya terdiri daripada baka jinak, dan bukannya yang garang untuk tiga tujuan berkenaan.

Katanya, walaupun penganjur menunjukkan cara membersihkan diri (samak) daripada terjilat anjing, tetapi penganut Islam juga perlu memahami najis "mughallazah" bukan semata-mata melalui sentuhan.

"Kalau matlamat mengatakan hendak orang ramai pelihara anjing di rumah dan dijadikan teman sekamar, itu bukan tujuannya.

"Malah mana-mana orang yang memelihara anjing maka malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah," katanya.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapa dilaporkan berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung anjuran tersebut yang dianggapnya tidak sepatutnya berlaku.

Beliau yang kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini mengatakan Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis berat.

"Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.

"Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan yang ada," katanya dipetik laporan Bernama.

- omakkau
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena