GAYA ALAT SANG PENGUASA KETIKA MERUNTUHKAN RUMAH ORANG MELAYU
Biar gambar berbicara:
GAYA SANTAI, CEKAK PINGGANG DAN LENGAN DILIPAT |
Ketua alat sang penguasa ini pula didakwa meludah muka seorang siswa:
BERDIRI SAMBIL BERCEKAK PINGGANG DAN SEBELAH KAKI DILETAK DITEMPAT AGAK TINGGI
Sesungguhnya gaya badan seseorang itu berkomunikasi menjelaskan apa yang tersirat.
Bebahagiakah kita apabila nanti orang Melayu terus dinafikan hak untuk tinggal di bandaraya?
Bukan Yong nak galakkan orang Melayu tinggal sebagai peneroka bandar aka setinggan.
Tidak sama sekali.
Orang Melayu, secara tradisinya suka tinggal di atas tanah dan ada sedikit kawasan untuk bercucuk tanam. Tanah inilah yang sukar didapati di tengah bandaraya.
Tetapi ingatlah...Pokok itulah sebenarnya yang dianugerah Allah untuk membekalkan kita oksigen. Pokok itu kita bunuh. Di atasnya kita bina rumah bernilai juataan ringgit yang orang Melayu dan rakyat marhein hanya boleh pandang sahaja.
Carilah satu formula yang memberi ruang dan peluang kepada orang Melayu untuk terus tinggal di bandaraya walaupun tidak mampu memberi rumah berjuta-juta ringgit...
MILIK SIAPAKAH KONDO INI? (SUMBER) |
Bebahagialah wahai sang penguasa dan alat-alatnya...di atas penderiataan orang lain...
Sesungguhnya doa orang yang teraniaya itu dimakbulkan Allah SWT.
BEGINIKAH KESUDAHANNYA? (SUMBER) |
SETELAH SIASATAN DIJALANKAN POLIS NAFI LUDAH TAHANAN.
SHAH ALAM – Polis menyifatkan status seorang pemilik Facebook (FB) bernama Abdul Muqit Muhammad sebagai berniat jahat bagi memberi imej buruk kepada pasukan itu.
Abdul Muqit dalam statusnya mendakwa diludah seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul ketika menyatakan hasrat untuk menunaikan solat Zuhur.
Status yang dimuat naik itu seolah-olah cuba menarik perhatian ramai serta menjadi viral apabila dikongsi pemilik FB lain.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan setakat ini berhubung kejadian itu.
“Kami tidak pernah halang mana-mana tahanan untuk solat. Ruangan solat juga ada disediakan. Apa tujuan dia untuk memuat naik status seperti itu? Statusnya itu sengaja untuk mencetuskan provokasi dan mencemarkan imej pihak berkuasa,” katanya.
Menurut Munusamy, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap anggota yang bertugas pada hari berkenaan dan jelas perkara itu tidak terjadi.
“Jika benar dia dikasari oleh anggota kami, buat laporan pada saluran yang betul dan kami akan siasat,” katanya lagi.
0 comments:
Post a Comment