Wednesday 15 October 2014

Fitnah Permata Peruntukan RM711j: PAC Enggan Buka Mulut...

Khamis, 16 Oktober 2014

Fitnah Permata : PAC Enggan Buka Mulut


[gambar fail]
[sinar]- Program Permata Negara (Permata) yang menjadi mangsa fitnah pemimpin pembangkang apabila didakwa menerima peruntukan RM711 juta dalam Bajet 2015 perlu dipandang serius kerana ia hanya akan menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Walaupun sebelum ini sebuah NGO telah mengemukakan laporan polis dan mendesak pihak berkuasa itu menyiasat dakwaan pembangkang, namun berlainan pula reaksi yang diberikan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang enggan mengulas lanjut ketika diajukan persoalan tersebut.

"Tiada kena-mengena dengan ini hari, itu kita jawab kemudian, hari ini saya hendak fokus kepada sistem sahaja," kata Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed selepas mengadakan lawatan mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemprosesan MYGST di Auditorium, Kompleks Kastam WPKL, Kelana Jaya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan NGO Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin yang mendesak pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin PKR dan lidah rasminya, KeadilanDaily kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah yang mengaitkan Permata.

Pengerusi NGO itu, Ramesh Rao mendedahkan Naib Ketua Wanita PKR, Haniza Talha telah memfitnah Permata menerima peruntukan RM711 juta selepas kerajaan memotong subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen pada 2 Oktober lalu.

Bagaimanapun dakwaan itu ternyata berbeza dengan jumlah peruntukan Permata yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak RM30.1 juta.

Sementara itu, pemimpin DAP yang turut serta pada lawatan kerja PAC, Tony Pua bagaimanapun berkata beliau hanya mempersoalkan penggunaan dana Permata itu berbanding peruntukan yang diterima badan itu sejak ditubuhkan pada 2010.

"Isu ini agak sensitif sikit, dalam pemerhatian saya bukan kerana ada penyelewengan, ia hanya adakah peruntukan itu wajar saja dan program-program yang dilaksanakan memanfaatkan orang ramai.

"Buat masa ini, pertuduhan mengenai apa-apa penyalahgunaan yang berlaku sekarang, hanya dari dasar adakah peruntukan itu wajar. Isu saja," katanya ketika ditemui Sinar Harian Online.

Ditanya mengenai jumlah peruntukan Permata hasil daripada pemotongan subsidi bahan api itu, beliau bagaimanapun mengakui tiada maklumat mengenainya.

"Bagi Permata saya tiada maklumat," katanya secara ringkas.

IdaMan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena