Sunday 1 February 2015

S'pura Luluskan Akta Kawalan Arak & Sekat Laman Web Judi.. M'sia?

Ahad, 1 Februari 2015

S'pura Luluskan Akta Kawalan Arak. M'sia?

Singapura. Parlimen singapura telah meluluskan akta kawalan minuman keras (bekalan dan kepenggunaan) pada bacaan kali kedua pada hari jumaat lepas, 30 januari 2015.

Menteri kedua Hal Ehwal dalam Negeri Singapura, S Iswaran dilaporkan menyatakan bahawa parlimen meluluskan akta tersebut kerana alasan yang kukuh untuk kementerian itu mengambil tindakan proaktif bagi menghadkan penjualan dan kepenggunaan alkohol dalam Singapura.

Bercakap kepada Parlimen, Mr Iswaran menyatakan pada tahun 2014, pengguna alkohol terlibat dalam 47 kes kekacauan awam dan 115 kes melibatkan kes kecederaan termasuk kes tikam.
Di bawah undang undang baru ini, penggunaan alkohol dihalang pada waktu di antara 1030 pm hingga 7 am setiap hari dan penjualan arak hanya boleh dijual sebelum pukul 1030 pm.
Undang undang baru ini dijangka akan dilaksana pada bulan April 2015. (MTD)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Memang arak tidak baik, Islam sudah lama mengharamkannya, cuma kerajaan Malaysia saja yang berdegil tidak mahu menghapusnya...

S'pura Sekat Laman Web Judi.. M'sia?

SINGAPURA: Laman web yang menyedia, mengiklan atau mempromosi perkhidmatan judi jarak jauh akan disekat mulai Isnin (2 Feb) sebaik saja Akta Judi Jarak Jauh (RGA) dikuatkuasakan, demikian diumumkan Kementerian Dalam Negeri (MHA).

Dalam satu kenyataan, MHA berkata transaksi bayaran berkaitan aktiviti judi jarak jauh haram akan juga disekat. RGA diluluskan di Parlimen pada 7 Okt tahun lepas. Matlamat mengawal selia judi jarak jauh ini antara lain untuk mengurangkan potensi 'merosak' terutama golongan muda, kata kenyataan itu.

Di bawah akta itu, adalah satu kesalahan bagi seseorang berjudi secara jarak jauh dengan pengusaha haram, memberi kemudahan kepada orang lain berbuat demikian, atau memberi perkhidmatan judi jarak jauh haram.

Sementara itu, Lembaga Pembangunan Media (MDA) dalam satu kenyataan berkata akta berkenaan tidak meliputi 'game' yang tidak, sebagai sebahagian daripada reka bentuknya, membolehkan pemain menerima hadiah atau ganjaran berharga hasil daripada permainan game berkenaan.

Yang demikian akta itu tidak meliputi 'sosial game'seperti Farmville dan Candy Crush Saga dalam bentuknya sekarang. Bagaimanapun, ia melarang game ala-kasino yang memberikan pemain peluang untuk memenangi wang atau ganjaran dalam bentuk barangan. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya Singapura macam tahu judi itu tak bagus.  Yang pekak badak, bodoh sombong ialah kerajaan sekular Malaysia, walaupun mengaku 'negara Islam'. Bila nak haram maksiat judi?

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena