Sunday, 8 March 2015

Hatta kesal pemimpin tertinggi PAS bisu selepas insiden ganas...

Ahad, 8 Mac 2015
Hatta kesal pemimpin tertinggi PAS bisu selepas insiden ganas

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Seorang pemimpin kanan PAS yang menjadi mangsa keganasan parti itu meminta pucuk pimpinan tertinggi parti agar jangan terus berdiam diri dan membiarkannya begitu sahaja. 

Dr Hatta Sindir Siapa Pulak Ni? Seorang pemimpin kanan PAS yang menjadi mangsa keganasan parti itu meminta pucuk pimpinan tertinggi parti agar jangan terus berdiam diri dan membiarkannya begitu sahaja.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, yang keretanya dibakar baru-baru ini berkata, beliau bimbang jika ia terus didiamkan, pelaku menganggap tindakan itu direstui.

"Kalau diam, mereka akan naik tocang terutama bila tidak ada isyarat daripada kepimpinan utama.

"Senyap ini maknanya teruskan. Jadi pemimpin kena tegas," kata Dr Hatta yang dipercayai menujukan kenyataan itu kepada pucuk pimpinan utama parti, khasnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sehingga kini masih berdiam diri dengan beberapa insiden melibatkan ahli parti Islam itu.

Kereta Dr Hatta dibakar di perkarangan rumahnya di Hulu Kelang. Ia berlaku beberapa selepas demonstrasi di Pejabat Agung PAS oleh sekumpulan ahli parti yang menuduh Dr Hatta dalang konspirasi menjatuhkan Hadi.

Dr Hatta Sindir Siapa Pulak Ni?

Terkini, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad pula dipukul di hadapan rumahnya sehingga luka di bibir dan bengkak di dahi.

Kejadian itu berlaku selepas Dzulkefly melahirkan kekesalannya dengan Multaqa Ulama II anjuran Dewan Ulama PAS yang penuh dengan ucapan yang mengapikan permusuhan di dalam parti.‎

Ekoran itu, beliau mendakwa sudah hilang hormat kepada pihak yang mengaku ulama tetapi mencerca dan memaki rakan sendiri dalam PAS.

Pada masa sama, PAS terus dilanda budaya surat layang bentuk baharu, apabila audio yang dikatakan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu diedar, yang kononnya membuktikan beliau merancang strategi menjatuhkan Hadi.

Sebaran dilakukan akaun Facebook bernama Tuc Tok Usin Ceroi, akaun yang tidak diketahui pemiliknya.

Ekoran kejadian itu, bekas setiausaha agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar menyifatkan perpecahan dan perbalahan yang berlaku dalam parti itu kini lebih teruk daripada ketika Tan Sri Mohd Asri Muda diserang dan akhirnya meletakkan jawatan sebagai presiden pada 1982.

"Apakah kita mahu menunggu tengkuk Dr Dzul terkulai putus baru kita kata ia serius?" soal Dr Hatta ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS kawasan Kota Baru, kawasan pertama bermesyuarat menjelang Muktamar PAS ke-61 pada Jun ini.

Bagi Dr Hatta, apabila berlaku pertembungan semacam itu, perlu ada sekumpulan pemimpin atau seorang pemimpin tertinggi memainkan peranan pendamai.

Beliau memetik ayat al-Quran yang menjadi tema mesyuarat hari ini, iaitu Surah al-Hujurat, yang bermaksud: "Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah."

Dr Hatta Sindir Siapa Pulak Ni?

"Namun kita ketiadaan pemimpin yang bersifat demikian," kata Dr Hatta, kesal dengan sifat diam pemimpin utama PAS mengenainya.

Dalam ucapan itu, Dr Hatta juga buat pertama kalinya bercerita di tempat terbuka bagaimana polis dalam siasatan mereka bertanya jika ada pihak tertentu dalam PAS yang menjadi dalang kepada kejadian pembakaran kereta beliau.

"Polis tanya saya, ada kaitan mana-mana pihak, tetapi saya kata saya tidak suspek sesiapa walaupun cuba dikaitkan dengan orang itu dan ini," katanya.

Dr Hatta Ramli juga kesal dengan dakwaan sesetengah pihak kononnya beliau sendiri membakar kereta dan Dzulkefly yang merancang agar beliau dipukul.


"Ada orang kata, saya bakar sendiri kereta dan Dr Dzul pula rancang pukul diri sendiri. Jangan timbulkan kemarahan kami dan kami harap siasatan polis dapat menemui pihak yang terlibat," katanya.

Sumber TMI
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena