Friday, 12 June 2015

Kaum Cina tak undi PAS lagi, PAS bakal "hanyut" PRU akan datang...DHPP terkejut dengan sikap ulama "menghalalkan" cacian dan makian

Sabtu, 13 Jun 2015

Kaum Cina Tak Undi PAS Lagi, PAS Bakal "Hanyut" Pada PRU Akan Datang...



Cina tidak akan undi PAS lagi, kata pemerhati

Keputusan muktamar PAS baru-baru ini disifatkan sebagai satu pemisah dan menghancurkan harapan rakyat, termasuk kaum Cina yang sebelum ini pernah mengambil keputusan drastik dengan menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu, kata kolumnis politik Lim Hong Siang. 

ULASAN GB

Demikianlah kisahnya. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

PAS yang dulunya parti kampungan, dangkat martabatnya ke persada politik negara dengan kewujudan para profesyenal yang berjaya bukan saja merubah persepsi bukan Islam terhadap PAS, malah terhadap Islam sendiri.

Tegasnya, PAS membina asas kekuatan baharu dengan cara meruntuhkan prejudis serta tembok halangan golongan pengundi bukan-Melayu dan bukan-Islam. Juga golongan pengundi Melayu Islam bandar dan pinggir Melayu, mula memberi kepercayaan kepada PAS dan memenangkan calon PAS.

Bagi menjayakan pelebaran dan pengukuhan tapak sokongan baharu, PAS melalui satu anjakan besar di segi mesej politiknya.

Kehadiran golongan profesyenal seperti Mat Sabu, Dr.Dzulkefly, Dr.Mujahid, Mohd Hatta, Hanipa Maidin, Mohd Nizar Jamaluddin, Salahuddin Ayub, Suhaizan Kayat, Mahfuz Omar, Asmuni Awi, Husam Musa, Haji dan Kamaruddin Jaafar di peringkat pusat dan Adly Zahari, Dr. Rani Osman, Tengku Puji, Hj Aminulhoda Hassan dan ramai lagi di peringkat negeri telah berjaya menambat hati bukan-Islam untuk menyokong PAS dan golongan "ulama" begitu cemburu sehingga bermacam fitnah dan cacian dilemparkan terhadap mereka kononnya mereka kumpulan liberal, pro-DAP, Jebon, Anwarinas dan sebagainya... tuduhan yang direka-reka untuk menjatuhkan mereka.

Kini masyarakat bukan Islam telah bersuara. Malah NGO dalam PAS sendiri iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS terkejut dengan sikap ulama yang buruk pekerti dan perangainya "menghalalkan" cacian dan makian yang menyebabkan ketuanya mengkritik secara terbuka sikap dan perangai ulama dalam PAS di dalam muktamar baru-baru ini.

Bukan saja bukan Islam, malah dari kalangan ahli PAS yang beragama Islam sekalipun, kini telah ada yang meletak jawatan dan keluar PAS. Ada yang merobohkan markas dan membakar bendera {AS seperti yang berlaku di Teluk Bachok. Satu fenomena yang tidak berlaku selepas muktamar tetapi berlaku di muktamar kali ini.

Quo vadis PAS?

PAS akan menjadi parti kampungan semula. PAS bakal kehilangan banyak kerusi di Parlimen dan DUN di dalam pilihanraya akan datang.

TINGGAL KENANGAN, MENJADI SEJARAH

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena