VIDEO - Wartawan Tanya Tentang Hudud Nik Abduh Jawab Selamat Berpuasa
Ketua Pemuda PAS yang baru dilantik, Nik Abduh Nik Aziz mengelak soalan politik apabila wartawan memintanya menjawap beberapa soalan termasuk kenyataan bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur dan tindakan kerajaan yang melenggah-lenggahkan usul membahaskan hudud. Sebaliknya, beliau menggunakan kesempatan itu untuk mengucapkan selamat berpuasa sebelum beredar ke keretanya.
11 aktivis antikerajaan BN dapat pengampunan
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah memberi pengampunan diraja ke atas 11 aktivis yang telah dihukum penjara kerana membantah peralihan kuasa di negeri itu pada 2009.
Perkara itu diumumkan oleh Nashita Md Noor, isteri Bad Latif Mansor yang merupakan antara aktivis yang dihukum penjara.
"Saya bagi pihak ahli keluarga OKZ11 (11 'orang kena zalim') yang masih terpenjara di balik tembok besi Penjara Tapah (ketika ini) ingin mengumumkan bahawa kesemua mereka telah mendapat pengampunan dari Sultan Perak dan Lembaga Pengampunan Perak.
"Peruntukan Pengampunan sempena Ramadhan dan Aidilfitri," katanya dalam satu catatan di Facebook awal pagi ini.
Beliau berkata permohonan untuk pengampunan diraja itu dibuat oleh para isteri aktivis yang dihukum penjara itu.
Nashita berkata arahan untuk membebaskan 11 aktivis berkenaan telah pun disampaikan kepada pihak penjara Tapah.
Bagaimanapun, katanya, mereka masih menunggu panggilan dari pihak pencara mengenai perkara itu.
"Kemungkinan mereka akan dibebaskan lewat petang nanti," katanya.
Seorang telah diampun sebelum ini
Pada March lalu, seramai 12 aktivis dihukum penjara 10 bulan atas kesalahan menyertai perhimpunan haram pada 2009 bagi menghalang upacara angkat sumpah Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Nashita memberitahu Malaysiakini bahawa salah seorang aktivis Mohamad Nazeer Hameed, 49 telah diampunkan semasa pertabalan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pada 6 Mei.
Jelasnya, pada awal perbicaraan di Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Tinggi, kes ini mempunyai 13 orang tertuduh.
"Perbicaraan awal di Mahkamah Seksyen telah mensabitkan kesemua 13 tertuduh dengan penjara dua tahun, namun setelah kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi, 3 tertutuh telah dibebaskan manakala 10 tertuduh lagi didenda 5,000 ringgit.
"Salah seorang tertuduh yang dibebaskan ketika itu adalah orang Indonesia dan dia terus balik ke Indonesia selepas dibebaskan.
"Maka, timbalan semasa pendakwa raya membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan, hanya 12 orang dinamakan sebagai tertuduh dan tertuduh dari Indonesia itu diklasifikasikan sebagai 'orang hilang'," katanya.

0 comments:
Post a Comment