Sunday 12 July 2015

Amuk Low Yat - 4 individu ditahan..."kesalahan mencuri dan merusuh"

Isnin, 13 Julai 2015

Lebih 100 Orang Berkumpul di Hadapan Plaza Low Yat Sebentar Tadi


Semalam Malaysia digemparkan dengan satu pergaduhan yang tercetus di Plaza Low Yat sehingga menyebabkan kerugian lebih dari RM70,000.

Beberapa video dan gambar insiden tersebut turut tersebar di laman sosial dan bermacam-macam tanggapan terhadap punca kejadian diutarakan oleh para komentar.

Pihak kami Siakapkeli juga ada berkongsikan punca dari kenyataan sumber polis dari kedua-dua belah pihak.

Tidak sudah dengan itu, terkini Siakapkeli menerima laporan dari orang ramai bahawa sebentar tadi sekitar jam 8.30 malam ahad, lebih 100 orang sedang berkumpul di luar Plaza Lowyat.

Menurut maklumat yang Siakapkeli terima, tujuan mereka adalah untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai kejadian.
- siakapkeli

Polis tutup laluan ke Plaza Low Yat, 4 individu ditahan

Abdul Hakim Rahman dan Hafiz Marzukhi, Astro Awani

KUALA LUMPUR: Pihak polis telah menahan empat individu kerana kesalahan mencuri dan merusuh berhubung insiden pergaduhan di Plaza Low Yat pada Sabtu.

Setakat ini, polis telah membuka dua kertas siasatan melibatkan Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan merusuh dan mencuri, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa.

"Kami memberi jaminan akan menjalankan siasatan dengan telus dan adil melibatkan kedua-dua pihak.

"Beri masa polis melengkapkan siasatan sebelum membuat apa-apa kesimpulan," katanya ketika ditemui di Plaza Low Yat malam Ahad.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat agar tidak percaya khabar angin yang disebarkan di media sosial.

Mengulas mengenai insiden kekecohan berhampiran Plaza Low Yat awal malam tadi, beliau berkata sekumpulan lelaki berkumpul di hadapan pintu besar pusat membeli-belah tersebut pada sekitar jam 8.30 malam.

"Seorang suspek ditahan hari ini kerana cuba memprovokasi kumpulan terbabit," kata Tajuddin.

Saksi berdekatan memberitahu bahawa kumpuan terbabit mula berkumpul sejak jam 6 petang dan bergerak ke arah pintu hadapan Plaza Low Yat pada sekitar jam 8.30 malam.

Polis tiba pada sekitar jam 9 malam untuk mententeramkan keadaan dengan menutup beberapa laluan masuk ke tempat terbabit.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitter berkata tiada pergaduhan atau rusuhan di Plaza Low Yat pada malam Ahad.

Low Yat - @PDRMsia sahkan bahawa keadaan tenang dan terkawal. Tiada pergaduhan atau rusuhan. Jgn percaya khabar angin. Polis berkawal. 10:36 PM - 12 Jul 2015
235 52
Khalid Abu Bakar @KBAB51 Follow
Beliau juga meminta pengguna laman sosial untuk tidak mempercayai khabar angin.

Low Yat- @PDRMsia telah tangkap sebhgian mrk yg terlibat bergaduh semalam dan sedang kesan yg lain. Biar Polis ambil tindakan. 10:39 PM - 12 Jul 2015
189 51
Khalid Abu Bakar @KBAB51 Follow
Tambahnya, insiden ini tidak melibatkan pergaduhan antara kaum, cuma dua pihak yang bertelagah.

Low Yat - @PDRMsia akan ambil tindakan terhadap kedua dua pihak yg bergaduh. Ini tiada kena mengena dgn kaum. Cuma dua pihak yg bergaduh! 10:45 PM - 12 Jul 2015
340 77
Khalid Abu Bakar @KBAB51 Follow
"PDRM akan ambil tindakan terhadap kedua-dua pihak yang bergaduh. Ini tiada kena mengena dengan kaum. Cuma dua pihak yang bergaduh!" tweet beliau.

Amuk Low Yat : Versi tokey kedai

'Serah kepada polis'
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my
Kuala Lumpur : Pemilik kedai telefon di Plaza Low Yat di sini, tampil menceritakan kejadian sebenar insiden pergaduhan yang berlaku di plaza terbabit.

See Ming Ho, 28, mendakwa seorang lelaki yang juga pelanggannya telah bersetuju untuk membeli sebuah telefon bimbit jenis Lenovo.
Menurutnya, lelaki terbabit terus menghilangkan diri ketika dia leka hendak memberi hadiah percuma dan membawa bersama telefon bimbit yang belum dibayar itu.

"Kejadian terbabit menyebabkan saya menjerit dan meminta bantuan daripada peniaga lain, sebelum berjaya mengesan lelaki berkenaan di tingkat bawah.

"Lelaki terbabit kemudian berjaya ditangkap oleh tiga jurujual sebelum menyerahkan kepada pengawal keselamatan dan pihak polis," katanya.
Ming Ho berkata, tiga jam kemudian tujuh lelaki dipercayai rakan lelaki terbabit datang kerana tidak berpuas hati sebelum bertindak memukul ketiga-tiga jurujual yang menangkapnya.

"Kami serahkan kepada pihak polis bagi melakukan siasatan lanjut," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee, petang tadi.

KedahLanie.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena