
TAWAR KONTRAK KEPADA JUSTO,NURUL IZZAH ARAH PEGUAM SAMAN BH & NST
SHAH ALAM, 8 SEP: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengarahkan peguamnya memulakan prosiding perundangan terhadap NST dan Berita Harian berkenaan dakwaan beliau menawarkan kontrak kepada bekas pegawai teknologi maklumat Petrosaudi International, Xavier Andre Justo.
Nurul Izzah berkata beliau tidak pernah bertemu dengan lelaki warga Switzerland itu yang kini sedang menjalani hukuman penjara di Thailand.
Justeru, Nurul Izzah menyifatkan laporan akhbar itu yang mengatakan beliau menawarkan kontrak itu adalah pembohongan besar.
“NST dan Berita Harian menyiarkan pembohongan ini di muka hadapan dengan cara yang disensasikan, dan tanpa mempedulikan sama ada mempunyai kebenaran.
“Saya mengarahkan peguam untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap NST dan Berita Harian,” katanya yang juga Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai.
Beliau selanjutnya berkata, tindakan akhbar itu merupakan usaha terdesak memesongkan perhatian umum daripada isu utama iaitu skandal 1MDB.
Kata Nurul Izzah lagi, isu utama sebenarnya bukan mengenai dokumen yang dikatakan dicuri oleh Justo, bekas pegawai teknologi maklumat PetroSaudi.
Dokumen 1MDB & AS$2 Juta - Apanya Yang Tidak Tepat, Nurul Izzah?
Anda baca berita terbaru ini:
Apanya yang 'tidak tepat' itu?
Bukan kontrak kerajaan bernilai US2 juta tetapi?
Nurul Izzah tidak pernah berjumpa Justo tetapi pernah berhubungan menggunakan telefon atau fasiliti yang lain?
Boleh Nurul Izzah terangkan lebih lanjut atau teruskan sahaja proses undang-undang.
Pihak BH & NST tentu sudah berfikir panjang sebelum membuat pendedahan panas ini.
Sebelum ini, Nurul Izzah telah mengaku bersalah kerana menabur fitnah terhadap DS Raja Nong Chik, sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Raja Nong Chik sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri ketika itu.
Satu laporan polis dibuat UMNO Lembah Pantai terhadap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung artikel yang disiarkan akhbar Berita Harian bersabit dakwaan bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo.
"Kita mahu polis siasat segera ahli Parlimen Lembah Pantai ini yang dikaitkan dengan cubaan membeli dokumen bh justo vs nuruldaripada Justo seperti dilaporkan akhbar hari ini.
“Kita pun khuatir seolah-olah dia cuba membeli dokumen itu daripada Justo yang harganya begitu tinggi mencecah AS$2 juta, kita tidak tahu dokumen apa, tapi mungkin penting bagi dia (Izzah),” kata Setiausaha UMNO Lembah Pantai, Datuk Sazali Kamilan, Selasa.
Menurutnya, siasatan segera perlu dilakukan terhadap Izzah sambil menyifatkan dakwaan itu sesuatu yang serius.
Usaha Izzah mendapatkan maklumat dari Justo katanya, seolah-olah cuba memperlihatkan dirinya sebagai ikon atau pemimpin masa depan.
Lebih meloyakan, Izzah dipercayai menjanjikan laba berbentuk kontrak kerajaan kepada Justo.
Laporan BH hari ini mendedahkan, butiran siasatan kes membabitkan Justo, termasuk pengakuan bertulis yang mendedahkan minat Izzah membeli data 1Malaysia Development Berhad (lMDB) yang dicurinya pada tahun 2011.
Justo menganggap Izzah bukan pembeli berpotensi kerana beliau mahukan bayaran tunai berjumlah AS$2 juta (RM8.62 juta) bagi dokumen berkenaan sedangkan Izzah menawarkan kontrak kerajaan apabila pembangkang mengambil alih kuasa daripada pentadbiran sekarang.
Justo mendakwa Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, bertindak sebagai brokernya dan bertanggungjawab membawa Izzah ke dalam urusan itu - bnbccMedia pula melaporkan kenyataan Nurul Izzah yang berita mengaitkan dirinya dengan Justo sebagai tidak tepat.
Apanya yang 'tidak tepat' itu?
Bukan kontrak kerajaan bernilai US2 juta tetapi?
Nurul Izzah tidak pernah berjumpa Justo tetapi pernah berhubungan menggunakan telefon atau fasiliti yang lain?
Boleh Nurul Izzah terangkan lebih lanjut atau teruskan sahaja proses undang-undang.
Pihak BH & NST tentu sudah berfikir panjang sebelum membuat pendedahan panas ini.
Sebelum ini, Nurul Izzah telah mengaku bersalah kerana menabur fitnah terhadap DS Raja Nong Chik, sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Raja Nong Chik sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri ketika itu.

0 comments:
Post a Comment