Wednesday 2 September 2015

BERSIH minta pemijak gambar PM, Hadi tampil beri penjelasan kepada polis.

Rabu, 2 September 2015
1 hr 
 

beria2 je...

... tetapi apakah mereka telah lupa, bahawa mereka juga pernah memijak-mijak gambar pemimpin parti mereka sendiri seperti Mat Sabu, Mujahid Yusuf Rawa, ...


BERSIH minta pemijak gambar PM, Hadi tampil

BERSIH meminta peserta yang terlibat memijak gambar presiden PAS dan perdana menteri tampil memberi penjelasan kepada pihak polis berhubung tindakan kontroversi itu.

"Kita minta dua individu yang pijak gambar tersebut tampil ke balai polis dan biar polis yang siasat.

"Kalau dia berani buat mereka mesti berani bertanggungjawab," kata Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.

Gambar Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Najib Razak tersebar luas di Internet.

Ia memaparkan gambar ubah suai kedua-dua pemimpin parti Melayu itu berpelukan.

Najib memang sudah sedia maklum menjadi sasaran kemarahan dalam perhimpunan itu susukan pelbagai kontroversi dalam negara.

Hadi pula dilihat menjadi turut dikaitkan sama selepas PAS tidak mengerahkan anggotanya menyertai perhimpunan itu, walaupun parti Islam itu menyokong tuntutan BERSIH.

Selain itu, Hadi juga dipersalahkan banyak selepas PAS dituduh menjadi punca perpecahan Pakatan Rakyat.

Terlalu ramai, semangat berkobar

Sementara itu, Maria juga berkata mereka kesal dengan apa yang berlaku dan menegaskan ia tidak mendapat sokongan gabungan itu.

"Kita tak sokong tindakan ini dan tak perlu buat begitu.

“Bukan hanya kepada Abdul Hadi dan PM tetapi kepada sesiapa saja kerana tindakan ini kita tak boleh terima," katanya kepada pemberita selepas selesai memberi kenyataan di ibu pejabat polis Bukit Aman sebentar tadi.

Maria juga berkata pihaknya tidak dapat mengawal tingkah laku peserta kerana jumlah terlalu ramai.

"Kita kesal dengan perbuatan ini sebab ramai sangat yang hadir sampai 600,000 orang dengan semangat yang berkobar-kobar dan kita tak dapat kawal semua," katanya.

"Semua yang hadir dengan perasaan masing-masing dan kita kesal dengan perbuatan tersebut.”

KedahLanie.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena