Wednesday 2 September 2015

PAS bukan 'aset' kepada PR 2.0! Berjuanglah sendirian atau bersama dengan UMNO di dalam BN.

Rabu, 2 September 2015

Parti Pekerja (Amanah) bentuk Pakatan 2.0

IPOH - Parti Pekerja Malaysia akan bekerjasama dengan DAP dan PKR bagi membentuk sebuah pakatan baharu selepas disahkan sebagai parti politik kelmarin.

Pengerusinya di peringkat negeri Perak, Asmuni Awi berkata, parti yang bakal dijenamakan semula itu menyasarkan 35,000 ahli di seluruh negara malah yakin dengan sokongan yang diberikan akar umbi, jumlah tersebut bakal direalisasikan.

Beliau berkata, sebagai parti baharu banyak perkara yang perlu dilakukan termasuk mencari pejabat yang sesuai, mengadakan kempen menambahkan ahli selain turun padang untuk memberi penerangan kepada orang awam mengenai parti baharu ini.

“Kita juga akan membuat kerjasama dengan DAP dan PKR sekali gus menubuhkan pakatan baharu yang mana namanya akan diputuskan pada pertemuan dengan mereka selepas pelancaran parti ini 16 September depan,” katanya.

Beliau berkata, pemilihan wakil di negeri-negeri juga akan dilakukan selepas pelancaran untuk memberi tumpuan kepada penjenamaan semula parti Pekerja kepada parti Amanah Negara.

Mengulas mengenai pengambilalihan seterusnya menggerakkan melalui parti Pekerja, beliau menggunakan analogi pembelian rumah sebagai contoh hubung kait antara kedua-duanya.

“Sekiranya ingin membeli rumah baharu, kita perlu tunggu dua tahun, lebih baik beli rumah sedia ada dan ubah suainya. Itu lebih mudah,” katanya.

Asmuni berkata, pihaknya pasti dapat menjadikan parti baharu ini sebagai salah satu parti pilihan rakyat memandangkan sokongan yang diterima mereka sejak mula diwujudkan sebagai Harapan Baru.

“Kami yakin rakyat di luar mahukan pembaharuan malah sokongan mereka memberi inspirasi buat parti ini. Lihat sahaja hampir 300 penyokong yang hadir ketika sidang media ini kelmarin, walaupun ia dikhaskan untuk wartawan tetapi mereka tetap datang memberikan sokongan kepada kepimpinan,”katanya.

Kelmarin, Harapan Baru sah bergelar sebuah parti politik apabila mengambil alih seterusnya bergerak melalui Parti Pekerja Malaysia.

Bagaimanapun pindaan nama dan perlembagaan parti akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum pelancaran rasminya 16 September depan. 
- SH


Pakatan 2.0 Tidak Perlu Libatkan PAS Lagi...



Amanah tolak cadangan Anwar masukkan PAS dalam Pakatan baharu 

Parti Amanah Negara (Amanah) menolak cadangan untuk memasukkan PAS dalam gabungan pembangkang baharu, Pakatan Rakyat 2.0 yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata jurucakapnya Mohamed Hanipa Maidin. 

Hanipa berkata langkah itu tidak realistik kerana kemasukan PAS tidak diyakini akan membawa permuafakatan dan menguntungkan gabungan pembangkang baharu itu. 

"Maka saya penuh yakin, mengambil kira realiti politik sekarang, keberadaan PAS dalam permuafakatan politik baru atau PR 2.0 (Pakatan Rakyat 2.0) bagi menggantikan PR tidak akan menguntungkan mana-mana parti dalam PR 2.0 itu nanti.

"Bagi saya dengan sikap, gaya politik dan stail saf kepimpinan PAS yang ada sekarang saya tidak rasa PAS adalah aset kepada PR 2.0," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Sepang itu berkata kemasukan PAS tidak dapat diterima DAP yang sememangnya diketahui berbeza pendapat dengan pemimpin parti Islam itu.

"Saya juga tidak nampak bagaimana DAP boleh menerima keberadaan PAS dalam PR 2.0 setelah apa yang DAP rasai dalam PR dulu," katanya.

Hanipa mengakui kekuatan PAS yang memiliki sokongan orang Melayu perlu diambil kira, tetapi gabungan baharu juga perlu memikirkan kesan daripada para pengundi bukan Melayu yang tidak menyokong PAS kerana sikap mereka dalam PR sebelum ini.

"Apa yang lebih membimbangkan kerusi DAP dan PKR juga akan menerima kesan besar melalui hukuman yang pengundi bukan Melayu kenakan kerana melibatkan PAS dalam PR 2.0," katanya.

Hanipa berkata, mengambil kira faktor tersebut, gabungan pembangkang baharu tidak perlu melibatkan PAS dan membiarkan mereka berdiri secara solo dalam pilihan raya depan.

"Saya menyimpulkan PR atau PR 2.0 hanya mampan jika PAS tidak dilibatkan sebaliknya ia hanya meliputi PKR, DAP dan Parti Amanah Rakyat saja.

"Biarlah PAS dengan politik solonya dan tidak diganggu untuk membawa agendanya secara solo," katanya. -TMI 


ULASAN GB

Gb amat bersetuju agar PAS tidak dilibatkan di dalam Pakatan 2.0. Ini adalah untuk mengelakkan kejadian pisang berbuah dua kali, apatah lagi PAS kini memang dipimpin oleh mereka yang teah membuat keputusan memutuskan tahaluf siaysinya bersama DAP, rakan komponen di dalam Pakatan Rakyat. 

Sebelum ini banyak masalah timbul sehingga akhinya Pakatan Rakyat berkubur dan parti baharu, AMANAH dibentuk. 

PAS gagal untuk "istiqamah" dengan keputusan untuk bertahaluf siyasi dengan rakan komponen PR dan gagal untuk mematuhi keputusan muktamar-muktamarnya sebelum ini yang meminta supaya Pakatan Rakyat diperkukuhkan. PAS terpedaya dengan janji kosong UMNO untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Akhirnya sehingga kini Bil Pensendirian EKJS tidak dapat dibentangkan setelah dua sessi parlimen bersidang. 

PAS juga dilihat "khianat" kepada para pengundi apabila memutuskan kerjasama dengan DAP kerana selama ini rakyat mengundi PAS adalah di atas dasar PAS sebagai rakan komponen PR. 

Selain itu pemimpin tertinggi PAS juga seringkali memperlekehkan pimpinan PKR apabila mencemuhkan Presiden PKR sebagai tidak layak memimpin dan pernah mengherdik DSAI di dalam satru pertemuannya satu ketika dahulu. 

Di dalam perhimpunan BERSIH 4.0 yang lalu pun, PAS lansung tidak berminat untuk menyertainya bersama-sama dengan rakan-rakan pembangkang yang lain. Malah ramai pula pemimpin dan ahli-ahli PAS menyertai suara-suara UMNO memperlekehkan BERSIH 4.0. 

Justeru, adalah terlebih baik bagi PAS untuk berjuang sendirian atau besama dengan UMNO di dalam BN. 


Posted By 

COMMENTS:


Abdul Said said...
Biarlah PAS dengan perjalanan politik mereka sendiri. Usah diganggu mereka. Mereka semua berasa senang dengan pimpinan yang sedia ada. Mereka ada pemimpin yang kuat-kuat, alim-alim dan semua istiqamah. Pimpinan yang ada telah pun menunjukan taring-taring mereka, sepak terajang mereka pun telah terkenal. Mereka sepatutnya berpuashati atau bergembira apabila orang-orang yang mereka barua dan jebonkan telah pergi. Bukankah itu kehendak mereka? Pakatan baru bukalah buku baru. Teruskan perjuangan membela rakyat dan mensejahterakan negara.

Perkara ini bukanlah muktamad. Dengan kehendak Allah s.w.t. manalah tahu tiba-tiba pimpinan baru timbul menerajui PAS, itu cerita lain. Namun buat masa ini PAS akan tetap bergembira....gembira.
Anonymous said...


Ulasan,

PAS telah mengkhianati PR sehingga robohnya permuafakatan murni itu. Untuk tidak mahu pisang berbuah 2 kali, elok tidak masukkan PAS. Tp, memandangkan PAN adalah berlandaskan akhlak Tauhid maka seeloknya ditawarkan juga tempat kpd PAS untuk bersama PR 2.0 nanti. Apabila PAN menunjukkan sikap berlapang dada, ia menambahkan lagi merit akhlak kepada pimpinan2 baru PAN, tiada lagi modal utk penyokong2 PAS mengatakan orang2 PAN juga bersifat balas dendam.

Jika DSAI yg diherdik & dihina PAS juga blh sanggup menerima PAS, pastinya PAN blh melakukan lebih baik dr itu. Kemungkinan PAS juga pd saat akhir terpaksa menyertai PR 2.0 demi utk menyelamatkan Kelantan. Tetai majlis presiden PR 2.0 hendaklah melakukan bai'ah baru yg akan ditandatangani oleh semua Presiden parti-parti PR 2.0

Antara syarat bai'ah ialah : "Mana-mana wakil rakyat PR 2.0 yg bertindak keluar PR 2.0, hendaklah dikenakan saman berjuta2." Surat bai'ah itu perlu ditandatangani termasuk presiden semua parti. Ini bertujuan mengekang presiden PAS membuat U-Turn bergabung dgn BN selepas menang PRU14.

- Mat Safian (tepatjam10.blogspot.com)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena