Wednesday 6 January 2016

Amanah tidak akan cabar PAS kerusi PBT S'gor...PAS pula tutup pintu rundingan dengan AMANAH di K'tan! Gitu pulok?

Rabu, 6 Januari 2016

Kuota PBT : Kuota PBT : Amanah tidak akan cabar PAS

Saari-Sungib
PETALING JAYA : Amanah tidak akan mencabar PAS untuk bilangan peruntukan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

Ahli Jawatankuasa Kerja Amanah, Saari Sungib berkata pendirian itu lantaran partinya tidak menjalin kerjasama politik dengan PAS.

Sehubungan itu, rundingan hanya akan melibatkan DAP dan PKR yang terikat dalam satu pakatan dengan Amanah.

“Apa yang berlaku di Selangor kita tak tahu lagi kerana kerajaan Pakatan Rakyat, (tetapi) pakatan politik (di peringkat) nasional (merupakan) Pakatan Harapan,” kata Saari ketika dihubungi FMT.

Saari yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang berkata, sekiranya DAP dan PKR memberi peruntukan mereka kepada Amanah, ia menunjukkan keterbukaan dan kebesaran hati kedua-dua parti berkenaan, sekaligus mengukuhkan Pakatan Harapan.

“Kita mesti meyakinkan pengundi (bahawa) memang Pakatan Harapan ini serius (mahu) mentadbir Malaysia, dan dalam keadaan kemelut di Selangor yang rumit pun kita ada penyelesaian. Kita masih boleh menampilkan wakil-wakil Amanah di kampung dan PBT (yang) memainkan peranan mengukuhkan (untuk) kerajaan yang ada,” katanya.

Selangor mempunyai 288 ahli majlis – 120 kerusi diperuntukkan kepada PKR manakala DAP dan Pas masing-masing mendapat 98 dan 70 kerusi.

Isu pembahagian kerusi ahli majlis PBT mula mencuri tumpuan apabila Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Abdul Samad mengumumkan partinya tidak akan memberi laluan kepada Amanah.
KDL.

PAS tutup pintu rundingan dengan AMANAH

nik_amar_nik_abdullah,amanah-
KOTA BHARU: Pintu perbincangan antara PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) sudah ditutup untuk rundingan bagi mengelak berlakunya pertembungan tiga penjuru di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perbincangan itu tidak perlu diadakan kerana AMANAH pernah membuat perjanjian dengan parti itu untuk tidak bertanding di Kelantan.

“Tapi dia (AMANAH) kena ingat janji dia dahulu (untuk tidak bertanding) di Kelantan… orang ingat janji dia tu.

“Kalau dia nak bertanding itu hak dia. Dalam negara demokrasi tak ada orang boleh ganggu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri satu mesyuarat di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Mohd Amar mengulas kenyataan Pengerusi AMANAH Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah semalam bahawa AMANAH masih membuka pintu rundingan dengan PAS bagi mengelak berlakunya pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum nanti.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS tidak akan menghantar wakilnya untuk menghadiri sebarang perbincangan dengan AMANAH kerana dari awal lagi PAS `tak ada apa-apa hubungan’ dengan parti itu.

-BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena