Somebody shared with me.... how true.
Inilah 'KEBIJAKSANAAN' perdana menteri kita yang kita tak sedar... Syukurlah kita punyai perdana menteri PALING BIJAK DI DUNIA selepas Zimbabwe...
APA AKAN JADI MALAYSIA.. jika Zahid Hamidi ganti tpt Najib pula ???
Pakatan sedia kerjasama dengan pemimpin Umno yang tidak puas hati, kata Kit Siang
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata partinya dan Pakatan Harapan sedia bekerjasama dengan pemimpin Umno yang tidak berpuas hati, dalam usaha menyelamatkan negara daripada rasuah, ketidakadilan sosioekonomi dan kegagalan dalam pembinaan bangsa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Januari, 2016.
Ketua Parlimen DAP itu berkata, 2015 merupakan tahun yang buruk untuk rakyat Malaysia dan tiada tanda menunjukkan 2016 akan menjadi lebih baik dengan begitu banyak skandal masih belum diselesaikan.
"Cabaran terbesar bukan bagaimana menyelamatkan seorang individu, sama ada Najib, sebuah parti politik atau Umno, tetapi bagaimana menyelamatkan Malaysia daripada meneruskan bencana akibat dasarnya yang membawa Malaysia ke arah kegagalan.
Lim berkata perutusan Tahun Baru Datuk Seri Najib Razak juga satu contoh sindrom penafian kerana perdana menteri menafikan kewujudan masalah dan skandal tersebut.
Lim memberi contoh keadaan polarisasi kaum dan agama yang semakin teruk, peningkatan kos sara hidup akibat cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara, derma RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai antara masalah yang melanda negara.
Malaysia dinamakan negara ketiga di dunia yang paling korup tahun lepas oleh majalah politik Amerika Syarikat foreignpolicy.com edisi Disember 2015. – 3 Januari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-sedia-kerjasama-dengan-pemimpin-umno-yang-tidak-puas-hati-kata-kit#sthash.AJwuluC0.dpuf
0 comments:
Post a Comment