Rasa tidak puas hati rakyat Sarawak kepada pemimpin BN diluahkan melalui tulisan ini.
#UdahUdahGik
#HarapanRakyatSarawak
#UndilahCalonAmanah
#UdahUdahGik
#HarapanRakyatSarawak
#UndilahCalonAmanah
Aktiviti Kempen Calon Amanah N.05 Demak Laut Sdra Fidzuan Zaidi. Dari pagi hingga ke Malam. Dengan menaiki bot, berpanas, berjalan kaki meredah kampong. Masuk rumah ke rumah dengan tidak mengira rumah siapa pun walau berbeza parti. Bersedia mendengar luahan dan keluhan rakyat yang dalam kesusahan. Semoga Allah beri kekuatan dan pertolongan pada beliau untuk terus membela nasib rakyat Sarawak khusus di Dun Demak Laut.
Di sebalik kemelut politik rakyat mahu air, jalan raya
Majoriti penduduk Iban
Bagaimanapun pada pilihan raya kali ini, William yang merupakan presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) mempertahankan kedudukannya dengan menjadi calon langsung BN.
Ekoran itu SPDP bertindak balas kerana mahu mengekalkan kerusi tradisi milik parti itu meletakkan Dr Jawie sebagai calon mereka atas tiket Bebas.
Bagi DAP pula, ini merupakan kali pertama parti tersebut bertanding di kawasan yang mempunyai populasi penduduk sekitar 32,300 orang dengan 90 peratus penduduk di situ berketurunan Iban.
Calon yang dipertaruhkan ialah seorang wanita berusia 31 tahun dan memang berasal dari Pakan.
Ketika Malaysiakini membuat tinjauan, rata-rata penduduk di Pakan juga masih lagi 'samar-samar' untuk memilih siapa calon yang mampu membawa isu dihadapi mereka.
Ketika ditanya sama ada mereka mahu terus menyokong penyandang DUN Pakan atau orang baru, mereka hanya berkata: "Tidak tahu lagi".
Dengan segala masalah dalaman parti di Pakan, penduduk pada hakikatnya mengharapkan wakil rakyat yang dapat mengurangkan beban dihadapi mereka sejak bertahun-tahun lalu.
Penduduk dari rumah panjang di Nunggang, Rimau Juggol, 70, berkata kediamannya tidak mempunyai bekalan air dan hanya mengharapkan hujan serta air sungai.
Rimau yang merupakan tuai rumah di rumah panjang itu juga mengadu bekalan elektrik sering terputus, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
"Air tak ada, elektrik tak ada. (Kalau ada pun) selalu padam. Satu minggu tiga kali (elektrik terpadam).
"Untuk air, kita ada tangki saja. Kita tadah air hujan dan ambil air sungai," katanya.
Rimau juga memberitahu untuk ke sungai dari rumah panjangnya mereka perlu berjalan kira-kira 15 minit.
Alasan tiada projek
Eli Saed, 41, juga melahirkan rasa sama apabila memberitahu beliau perlu melalui jalan yang tidak sempurna untuk menghantar dan mengambil anaknya dari sekolah.
Dia juga mengadu motosikalnya sering rosak kerana melalui jalan yang berlopak untuk ke jalan raya utama dari rumah panjangnya.
"Susah tak ada jalan raya nak hantar dan ambil anak di sekolah. Motosikal saya pun selalu rosak. Dah banyak kali kata nak buat jalan, tetapi tak ada.
"Kami pun di sini tak ada air. Dari dulu lagi tak pernah ada air. Kami hanya mandi sungai dan ambil air bukit. Dari kecil tak ada jalan, tak ada air, sampai saya sudah tua," katanya sambil ketawa.
Eli adalah salah seorang penghuni rumah panjang Melaka sejak kira-kira 30 tahun lalu.
Seorang lagi penduduk rumah panjang, Ashimi Allaw, 38, berkata nasibnya sama seperti kesukaran dialami penduduk rumah panjang lain di kawasan tersebut.
Malah apa yang lebih mengecewakannya ialah sehingga kini tiada jalan raya dari kawasan rumahnya ke jalan utama walaupun ia pernah dijanjikan oleh wakil rakyat kawasan itu sebelum ini.
"Susah tak ada elektrik, tak ada jalan dan air. Nak ke klinik susah kalau tak ada jalan. Orang boleh mati tengah jalan sebab lambat ke klinik.
"Dulu ada cakap nak buat (jalan), nak masukkan air. Tapi tak ada. Alasan yang diberi, tak ada projek," ujarnya.
0 comments:
Post a Comment