Sunday 1 May 2016

Masa Rakyat Sarawak Bangkit...SEBUYAU tiada 'highway' tiada stesen minyak!

Isnin, 2 Mei 2016
Realiti di Sarawak

PERCAYA ATAU TIDAK TIADA STESYEN MINYAK DI SEBUYAU?
Ngariang adalah orang tempatan Sebuyau. Orangnya berbangsa Iban, lembut dan baik orangnya.
Semasa kami sampai di Kuching tempoh hari, beliaulah yang mengambil kami di Airport untuk dibawa ke Sebuyau. Perjalanan dari Kuching ke Sebuyau pula mengambil masa hampir 3 jam. Tiada "highway" untuk ke Sebuyau kecuali dengan melalui jalan-jalan kampung dan perjalanan kami banyak dikelilingi dengan pokok-pokok pisang dan kelapa.
Ngariang banyak membantu kami dalam tugas-tugas logistik di Sebuyau. Memandangkan beliau merupakan orang tempatan, kami terpaksa meminta bantuan beliau untuk membawa kami berkempen bertemu dengan masyarakat Melayu, Iban dan Cina di sini.
Petang tadi semasa kami dalam perjalanan pulang ke rumah tumpangan di Tongkah Melayu, beliau berhenti di sebuah kedai kampung di tepi jalan. Katanya ingin mengisi minyak van. Sayapun hairan mencari-cari di mana stesyen minyak. Rupa-rupanya beliau membeli minyak van yang ada dijual di kedai kampung di situ...RM24 satu tong.
Ngariang memberitahu kami bahawa di Sebuyau tiada stesyen minyak. Yang ada hanya di Kuching saja. Jadi kalau mereka ingin mengisi minyak kenderaan, kebiasaannya mereka akan membelinya di kedai yang dijual dalam tong yang pelbagai saiz.
Mula-mula saya tidak percaya. Tetapi setelah seharian kami lalui hampir di semua tempat di Sebuyau ini, memang saya tidak nampak stesyen minyak di tepi-tepi jalan di sini.
Terpulanglah kepada anda mahu percaya ataupun tidak, tetapi itulah Sebuyau.
Itulah cara BN memerintah Sarawak !
Hari Buruh, Masa Rakyat Sarawak Bangkit
Oleh: Sany Hamzan
Sejak diisytiharkan sebagai cuti umum pada tahun 1973, 1 Mei telah diangkat sebagai tarikh keramat untuk menghargai khidmat, keringat dan penat lelah warga pekerja serta meraikan jasa dan bakti mereka yang tidak terbalas.
Wajar diakui bahawa setiap pekerja telah berganding bahu berusaha dan menyumbang terhadap pembangunan negara menurut kemampuan dan bidang tugas masing-masing, demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.
Namun ironinya, saban hari, rata-rata warga pekerja terpaksa menempuh beban kerja yang bertambah sedangkan kenaikan upah atau gaji jelas tidak setimpal, jauh ketinggalan di belakang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan rentetan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Lebih memburukkan keadaan apabila gaji minimum yang ditetapkan kerajaan langsung tidak berpadanan dengan keadaan hidup masa kini, malah tidak masuk akal terutama dalam konteks warga penduduk Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.
Lantas sesuatu perlu dilakukan. 1 Mei adalah simbol perjuangan. Tidak sedikit mereka yang terkorban semata-mata ingin menuntut hak bekerja selama lapan jam dan penerimaan gaji bulanan.
Dahulunya semua ini seakan-akan satu utopia yang tidak mudah digapai. Namun segalanya terealisasi hari ini. Kita percaya bahawa dengan semangat juang yang utuh, di samping faktor ilmu dan desakan perubahan, tiada tuntutan yang mustahil dalam kamus hidup kita.
Kini Sarawak sedang memilih. Memilih pemimpin yang bakal diberikan mandat untuk lima tahun lagi untuk duduk di Dewan Undangan Negeri.
Dalam keadaan Malaysia dibelit skandal gila 1MDB yang berkait langsung dengan pengerusi BN, tiada jaminan bahawa gabungan ini mampu menggalas mandat dengan amanah dan jujur. Apatah lagi dengan persetujuan ‪#‎Sarawak4Najib‬ yang dipimpin Adenan Satem sebelum ini, ia seakan-akan meranapkan impian perubahan Sarawak.
Dengan roh dan semangat perjuangan Hari Pekerja ini, kita meyakini Sarawak mampu melakukan perubahan.
Pastikan lima tahun mendatang ini rakyat Sarawak benar-benar bebas dikaitkan dengan mimpi hitam Najib Razak dan Taib Mahmud. Kita tidak mampu mengekalkan pemimpin yang masih tidak bebas dengan elemen rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Biarlah untuk lima tahun ke depan ini, Sarawak memilih untuk benar-benar bebas daripada legasi dan igauan buruk BN!
----------------------------
SANY HAMZAN ialah Ketua Pemuda Parti Amanah Negara

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena