Wednesday, 29 June 2016

"Amanah itu mata bagi PKR. Kita anggap Pas itu cermin mata bagi PKR. Tak pakai pun nampak" - Saifuddin

Rabu, 29 Jun 2016

Amanah lebih penting daripada Pas – Saifudin Nasution

Amanah lebih penting daripada Pas - Saifudin Nasution
Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution mengakui Parti Amanah Negara (Amanah) lebih penting berbanding Pas dalam usaha menjatuhkan Umno-BN pada pilihan raya akan datang.
“Amanah itu mata bagi PKR. Kita anggap Pas itu cermin mata bagi PKR. Tak pakai pun nampak. Tiada masalah.
“Cermin mata boleh tanggal. Bahkan, sekarang sudah ada rawatan khas yang membolehkan kita tak perlu pakai cermin mata,” ujarnya pada Wacana Terbuka: Amanah Bawa Tuah atau Rebah? malam tadi.
Dalam program lebih dua jam itu juga, Saifuddin mendedahkan kepincangan kepimpinan Pas sejak blok pembangkang masih dalam gagasan Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, pendirian Pas semuanya terletak pada Datuk Seri Hadi Awang walaupun parti itu sudah sedia memiliki struktur dan proses tertentu dalam membuat keputusan.
“Pas dulu dan sekarang ada strukturnya. Semua proses itu terpakai tapi sekarang semua keputusan di pihak Presiden.
“Ketika Langkah Kajang pun, masalah timbul apabila berlaku ‘u-turn’ di pihak Pas,” dedahnya dalam forum yang juga dihadiri Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke itu.
Tambahnya, Pas telah melanggar kesepakatan yang ditandatangani bersama bagi mengelak pertembungan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
“(Keputusan rundingan elak pertindihan) kita sudah cantik tapi Pas tetap letak tujuh calon. Bertindih.
“Padahal, kita sudah minta pada pimpinan Pas dalam mesyuarat rasmi bukan tepi jalan. (Hasil selepas itu) negatif,” ujarnya.
Mengakui PKR sukar untuk mengendurkan keegoan Pas, beliau memberitahu pihaknya masih tidak berputus asa untuk berunding dengan parti itu walaupun tidak dapat memberi jaminan untuk “melunakkan” Pas.
“Datuk Seri Wan Azizah (Presiden PKR) pelawa Pas bersama kita (Pakatan Harapan). Usaha (berunding dengan Pas) kita buat sampai sekarang tapi setakat ini kita gagal.
“Saya sendiri berdepan dengan Datuk Mustafa Ali, Tuan Ibrahim Tuan Man,” jelasnya dalam wacana anjuran Free Public Forum dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu.
Beliau pada masa juga mendedahkan sikap Pas terhadap DAP dalam pertemuan bersama pemimpin parti berlogo bulan itu.
“Bila ditanya ‘apa pandangan kamu terhadap DAP’? (Jawab Pas) ‘DAP musuh Islam’. Noktah,” katanya.
Justeru, kecewa dengan sikap Pas yang berbolak-balik, Saifuddin menganggap berjanji dengan parti yang dikenali warna hijau itu amat sukar berbanding DAP.
“Kita (PKR dan DAP) tidak langgar perjanjian (bertanding satu lawan satu). Saya sangat terluka (dengan Pas). Lebih mudah berjanji dengan ‘Cina DAP’ daripada pemimpin parti Islam (Pas). Parti saya dikhianati,” luahnya lagi.
Turut menjadi panel dalam forum di Gerak Budaya, Petaling Jaya itu Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar dan Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Arutchelvan.
Suara Pakatan Daily

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena