Wednesday 15 June 2016

[Video] 'Janji MRSM Kuala Kangsar, MRSM Bagan Datoh pun belum buat'...Ke mana haluan KUISAS?

Rabu, 15 Jun 2016

Ke mana haluan KUISAS selepas dinaiktaraf, soal Amanah

Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelaskan kepada rakyat Kuala Kangsar status Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) selepas dinaik taraf menjadi universiti.

Pengerusi Amanah Perak Asmnuni Awi berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa KUISAS akan dijadikan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) bukan lagi institut pengajian tinggi awam (IPTA) memandangkan ia diselia di bawah sebuah syarikat korporat.

“Kita mahukan kepastian daripada pimpinan Umno dan Najib sendiri dan juga menteri pendidikan sama ada universiti tersebut akan dinaik taraf sebagai universiti awam atau swasta.

“Tolong jelaskan kerana ini menimbulkan keresahan kepada kakitangan wam dan akademik di KUISAS.

“Kita timbulkan persoalan ini kerana KUISAS di bawah sebuah syarikat holding. Sebab itu kami percaya apa yang akan dibuat ialah universiti swasta bukan universiti awam,” katanya dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan KUISAS
diberikan status sebagai sebuah universiti penuh dengan nama baharu iaitu Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) berkuat kuasa serta-merta.

Selain itu beliau turut menyelar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan pembinaan sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar khusus untuk anak-anak anggota polis.

Asmuni berkata, Zahid terus menabur janji kepda rakyat sedangkan janji terdahulu belum lagi ditunaikan.

Beliau merujuk kepada janji Zahid untuk membina MRSM khusus untuk anak pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Bagan Datoh pada 22 Jun 2010.

Sebelum itu menurut Asmuni, Zahid pernah berjanji untuk membina MRSM di Bagan Datoh pada 14 Mac 2008.

“Saya nak memberitahu rakyat Kuala Kangsar inilah beberapa siri janji yang dibuat oleh kepimpinna BN setiap kali adanya PRK dan PRU.

“Saya nak tanya beliau mana dia MRSM di Bagan Datoh?. Tak daat dua satu pun jadilah. Yang di sana pun tak buat, tak nampak lagi di mana nak buat, bajetnya berapa, di mana tapaknya tiba-tiba nak buat satu lagi di Kuala Kangsar.

“Kalau di Bagan Datoh yang merupakan kawasan beliau sendiri pun pun tak buat lagi boleh percaya ke nak buat di Kuala Kangsar?’ soalnya yang juga bendahari agung Amanah.

Justeru beliau menyeru rakyat Kuala Kangsar agar tidka terus terpedaya dengan janji manis BN menjelang pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar.

“Rakyat di pengundi Kuala Kangsar jangan terpengaruh dengan janji manis pimpinan Umno BN untuk mendapatkan undi.

“Saya minta rakyat semak semula janji BN sebelum ini. Kegemaran kepada pimpinan BN untuk memberikan janji.

“Kerajaan BN tak payah tunggu pilihan raya untuk buat projek sebab mereka ada segala kemudahan untuk melaksanakankannya. Kenapa nak tunggu pilihan raya baru nak umum,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena