Wednesday, 15 June 2016

Abby Abadi & Husam sertai kempen Amanah di Kuale...41 lagi serah borang jadi ahli.

Rabu, 15 Jun 2016

Abby Abadi sertai kempen Amanah, 41 lagi serah borang jadi ahli

41 ahli baru Amanah menyerahkan borang permohonan menjadi ahli kepada Mohamad Sabu dalam majlis berbuka puasa semalam. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.41 ahli baru Amanah menyerahkan borang permohonan menjadi ahli kepada Mohamad Sabu dalam majlis berbuka puasa semalam. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.
Pelakon Abby Abadi yang baru saja menyertai Muktamar Pas di Kota Bharu awal Jun lalu menyertai majlis kempen untuk calon Amanah dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar malam tadi.
Abby Abadi (kiri) di majlis berbuka puasa Amanah petang semalam. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Abby Abadi (kiri) di majlis berbuka puasa Amanah petang semalam. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Tidak diketahui apakah Abby menyertai Amanah tetapi kini dilihat mesra Amanah dan turun membantu kempen Amanah dan Pakatan Harapan di Kuala Kangsar ketika calon Pas juga bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini.
Turut serta berkempen untuk Amanah dalam PRK kali ini adalah bekas naib presiden Pas yang dipecat keahliannya Datuk Husam Musa.
Dalam majlis malam tadi juga, 41 menyerahkan borang untuk menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) di majlis berbuka puasa bersama rakyat di Kampung Jalan Baru Jeliang, Kuala Kangsar.
Borang-borang tersebut diserahkan oleh wakilnya, Md Bakar kepada Presiden Amanah Mohamad Sabu dengan disaksikan setiausaha agung Amanah Anuar Tahir.
Selain beberapa pemimpin Amanah, majlis tersebut juga dihadiri bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli turut bersama-sama dalam majlis tersebut.
Mohamad dalam ucapannya menyeru rakyat Kuala Kangsar memilih Ahmad Termizi pada 18 Jun ini bagi membolehkan suara mereka dibawa ke parlimen.
Beliau berkata pengundi khususnya yang beragama Islam seharusnya menolak calon yang menyokong pemimpin yang rasuah.
"Saya pelik kenapa orang Islam tak sensitif dengan rasuah.
"Orang bukan Islam pula bersungguh-sungguh menentang rasuah.
"Pilihan raya kali ini, pilih calon dari Amanah yang menolak amalan rasuah dan salah guna kuasa," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena