Friday, 17 June 2016

[Video] Tun M "Polis Kenapa Bodoh Sangat Tak Tahu Najib Seleweng Duit?"...RM7 juta 'dedak' ditabur BN di Sungai Besar?

Jumaat, 17 Jun 2016

Paling kurang RM7 juta 'dedak' ditabur BN di Sungai Besar

Amanah, Pas dan calon Bebas berhadapan dengan jentera kerajaan BN sepanjang kempen di dua PRK.Amanah, Pas dan calon Bebas berhadapan dengan jentera kerajaan BN sepanjang kempen di dua PRK.
Tempoh dua minggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menyaksikan BN menabur pelbagai bentuk janji dan pemberian daripada bantuan berupa wang ringgit sehingga rumah kepada penduduk setempat sebelum hari mengundi esok.
Popular dipanggil "dedak" termasuk kerap disebut oleh Tun Mahathir, pemantauan Malaysia Dateline sepanjang kempen BN mendapati wujudnya penglibatan secara langsung menteri dan agensi kerajaan selain penggunaan bangunan dan kenderaan milik kerajaan untuk tujuan kempen parti.
Bahkan walaupun belum terpilih, calon BN, Budiman Zohdi merasmikan pembukaan Pusat Komuniti Pendidikan Budiman di Bagan Sungai Besar, Rabu lalu.
Program berkenaan yang dilihat disasarkan kepada pengundi Cina turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Chong Sin Woon.
Lebih mengejutkan, Sin Woon dilapor bahawa pihaknya mengalu-alukan pembabitan "wakil rakyat" dalam kononnya membantu meningkatkan taraf pendidikan penduduk.
Sementara itu, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.56 juta subsidi bagi program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) kepada 78 pemohon yang layak di seluruh kawasan Parlimen Sungai Besar.  
Pengerusinya, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sijil Kelayakan dan Inden Kerja Kepada Kontraktor Program RMR1M di Sungai Leman, Sekinchan.
Turut dihadiri pemimpin BN, Latiff dalam ucapannya di hadapan penerima RMR1M menganggap Najib Razak sebagai "satu-satunya Perdana Menteri yang kuat iltizamnya hingga kami (SPNB) diminta untuk membina sekurang-kurangnya 10,000 unit RMR1M dalam tempoh setahun."
Lokasi pertama
Walaupun sudah wujud Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin melancarkan Program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC), 11 Jun lalu.
Sekali lagi pemilihan Sungai Besar sebagai lokasi pertama di Selangor dilihat bagi mengisi tentatif kempen BN memandangkan Program Mobile CTC dilancarkan sejak tiga tahun lalu.
Pengumuman Hamzah pada majlis perasmian program himpunan pengguna bersama KPDNKK dan Mobile CTC itu turut dihadiri calon BN, Budiman dan Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar selain "orang kuat" Putrajaya iaitu Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Jamil Salleh; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah.
"Dedak" berupa janji pembinaan prasarana pula ditabur oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan meluluskan peruntukan kira-kira RM5 juta bagi kegunaan pihak Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).
Mendakwa dana tersebut diluluskan sebelum pengumuman PRK Sungai Besar, Abdul Rahman yakin peruntukan itu mampu menyelesaikan masalah parit tersumbat, jalan berlubang, pokok tumbang dan lampu jalan tidak menyala.
Selain itu, kempen BN juga tidak melepaskan segmen kritikal pengundi muda yang mewakili kira-kira 40 peratus pemilih di Sungai Besar.
Lebih 1,000 peluang pekerjaan dijanjikan kepada golongan muda di parlimen itu pada Karnival Kerja Belia Negara, 11 Jun lalu.
Program anjuran Pemuda Umno dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia itu dirasmikan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.
Sesuai dengan pertanian padi yang sinonim dengan latar sosio-ekonomi Sungai Besar, ribuan pesawah juga dijanjikan durian runtuh pada minggu kempen PRK.
Pada 10 Jun lalu, dilaporkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan seramai 7,669 pesawah di Sungai Besar yang berdaftar dengan Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) bakal menikmati Insentif Input Pengeluar Padi (IIPP) melebihi RM1 juta.
Sasaran kempen BN juga dilihat meliputi semua kelompok usia pengundi termasuk warga emas dengan peranan aktif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dilaporkan berkata, pihaknya telah mengunjungi enam rumah didiami warga emas menerusi program Homehelp.
Mereka terbabit diberikan sumbangan berupa makanan, barangan keperluan dan penjagaan diri serta pemeriksaan
kesihatan.
Tidak cukup pengundi Melayu dan Cina, BN juga menyasarkan kempen kepada pengundi India yang merangkumi hanya 1.92 peratus daripada jumlah keseluruhan 42,655 pengundi.
Kali ini, melibatkan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam slot kempen dipanggil Program Keusahawanan Sahabat India oleh AIM di Sekin Resort, Sekinchan, 13 Jun lalu.
Sekurang-kurangnya RM7 juta jumlah keseluruhan pojek diumumkan oleh menteri dan agensi kerajaan sepanjang kempen BN di Sungai Besar tidak termasuk angka peruntukan yang tidak dilaporkan media.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena