Friday, 17 June 2016

[Video] Tun M - Najib dulu setia, tapi sekarang khinati negara...Negara bakal dihempap hutang lagi akibat 1MDB 'tersalah bayar'.

Jumaat, 17 Jun 2016


Negara bakal dihempap hutang lagi akibat 1MDB 'tersalah bayar'

Urusniaga 1MDB dan IPIC diselubungi misteri.
Urusniaga 1MDB dan IPIC diselubungi misteri.
Bumi untuk DS Najib berpijak semakin mengecil.
Jika tuntutan oleh IPIC melalui Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa London berjaya, Malaysia akan dihempap oleh beban kewangan sebesar RM26.7 bilion atau USD6.5 bilion!
Seawal 2014, Gabenor Bank Negara Malaysia melalui dua memorandum telah memberikan amaran kepada Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak risiko gegaran kewangan besar yang akan ditanggung oleh negara dari 'aktiviti' 1MDB.
Kini, pragegaran itu sahaja sudah menggegarkan!
Antara isu dalam hubungan 1MDB dan rakan niaganya IPIC adalah salah pembayaran oleh 1MDB.
PAC seperti dalam laporannya, mengesahkan sejumlah USD1.3 bilion atau RM4.51 bilion telah dibayar kepada Aabar BVI tanpa kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB.
Selain itu, dokumen 1MDB menunjukkan satu lagi pembayaran kepada Aabar BVI berjumlah USD2.1 bilion turut dibuat.
PAC mendapati, pembayaran dibuat kepada Aabar BVI tanpa kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB!
Bukan jumlah wang yang kecil. Bahkan, sudah tersangat besar.
Bagaimana 1MDB telah tersalah bayar wang sebesar itu?
Wang itu sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada anak syarikat IPIC bernama Aabar Investments PJS tetapi telah dibayar kepada Aabar yang lain - iaitu Aabar BVI! Namanya seakan sama, ejaan sahaja berbeza. Tetapi, si bodoh dari kutub pun tahu, ia dua entiti yang berbeza.
Seperti kata TS Muhyidin, 1MDB gagal membezakan antara Muhyidin dan Mahyidin.
Inilah yang menyebabkan IPIC dan Aabar meneruskan tuntutannya selepas beberapa kali mengeluarkan kenyataan 1MDB telah memungkiri komitmen seperti perjanjian.
Aabar yang sebenar tidak dibayar. Hasilnya, wang sejumlah USD3.47 bilion  atau bersamaan RM14.2 bilion dikebas orang!
Soalnya, siapakah 'orang' itu?
Mengikut kenyataan Arul Kanda, Presiden dan  CEO 1MDB pada akhir April tahun ini, ada kemungkinan 1MDB telah 'ditipu secara besar-besaran' (massive fraud) atau 'kerjasama tali barut dari dalam' 1MDB sendiri (collaboration from our side).
Bukankah kenyataan Arul itu berat? 1MDB ditipu! Bersekali dengan PM ditipu kerana beliau mempunyai kedudukan tertinggi dalam 1MDB.
Tidak begitu bagi Najib yang cukup tenang.
Dalam jawapannya di Parlimen pada April tahun ini - hanya berbeza hari dengan kenyatan Arul - 'terlalu awal untuk menyimpulkan adanya unsur penipuan'.
Kenapa terdapat kesimpulan yang begitu ketara perbezaan antara dua kenyataan ini?
Satu, 1MDB ada kemungkinan ditipu kerana membuat pembayaran yang salah.
Satu lagi, cuba menolak adanya unsur penipuan.
Jika  bukan kerana ditipu dan niat buruk melarikan wang itu, kenapa pembayaran itu dibuat?
 Bukan sekali, tetapi empat pembayaran.
Tanpa kelulusan Lembaga Pengarah.
Jika sedikit sahaja semakan dibuat oleh 1MDB sebelum pembayaran dibuat, tidak ada nama Aabar BVI dalam senarai anak syarikat IPIC seperti Laporan Tahunannya bagi tahun 2011 sampai 2014 dan dalam laporan interim bagi tahun 2015.
Jika Arul mengatakan ada kemungkinan unsur jenayah dalam salah pembayaran sebesar ini, apa tindakan yang telah Arul lakukan?
Laporan polis?
Laporan kepada PM?
Apa pula tindak balas PM?
 Mengarahkan polis menyiasat?
 Adakah PDRM akan bergerak seperti kura-kura jika PM telah mengarahkan mereka memberkas siapa jua yang terlibat?
Adakah Polis Malaysia begitu tidak cekap sehingga tiada apa dilakukan ke atas jenayah sebesar ini?
Apa langkah Menteri Kewangan atau PM untuk menuntut semula wang itu?
Kenapa PM tidak mengguna pakai Laporan PAC dan bertindak ke atas pengurusan yang telah melanggar arahan Lembaga Pengarah?
Apa pun, mengikut Artikel 117, MNA 1MDB, kuasa pemutus dalam 1MDB tidak lain dan tidak bukan adalah PM sendiri.
 Kenapa beliau tidak bertindak?
Kerana dari awal lagi salah pembayaran itu telah dirancang?
Tanpa perlindungan kuasa tertinggi, tidak mungkin Shahrol berani melakukan jenayah sebesar itu.
 Jika ia memang dirancang, adakah wang sebesar RM14 bilion tidak pulang semula ke pangkuan perancangnya?
Sudah tentu dua figur dalam IPIC dan Aabar PJS yang telah dipecat, iaitu  Khadem al Qubaisi  dan Mohamed al Husseiny mempun
yai jawapannya ke mana wang itu telah diagih-agihkan.
Tetapi kerana PM kita tidak berminat untuk tahu ke mana wang yang telah dibayar oleh rakyat Malaysia dan negara ini dilarikan oleh Aabar BVI atas sebab yang ia sendiri tahu, pihak berkuasa kita tidak diarahkan untuk menyoal siasat ke dua mereka.
PM tidak kelihatan agresif mempertahankan kepentingan negara.
Kita telah kehilangan tempat pergantungan untuk negara kita dibela oleh kita sendiri.
Kita hanya bernasib kerana dunia di luar kita meneruskan dinamika dan perputaran.
IPIC dengan tuntutannya, telah banyak membantu kita rakyat Malaysia dalam memahami isu 1MDB.
Bagi yang berdosa ke atas rakyat dan negara ini, akhirnya mereka akan membilang hari hanya dengan jari.
Dosa anda akan tetap terserlah jua.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena