Relakah kita dijajah semula...?
Pendekatan Hadi Berbaik Dengan Umno Gagal
SHAH ALAM – Pendekatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbaik-baik dengan Umno bagi tujuan mendapatkan undi dari pengundi parti itu nyata gagal.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Abdul Samad berkata, strategi Pas itu hanya memberi kelebihan kepada BN padaPRK ierus Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana undi orang Melayu dari Umno tidak berpihak kepada mereka.
Dakwanya, kempen Pas pada PRK berkenaan yang menyerang Amanah dan DAP berjaya melindungi kesilapan Umno seolah-olah parti itu bukan punca masalah yang dihadapi negara ini.
“Oleh kerana masyarakat diberi gambaran Umno itu baik dan DAP itu punca kepada krisis, maka pengundi tidak berganjak dan tetap beri undi kepada Umno,” katanya, semalam.
Mengenai pencapaian Amanah pada PRK itu, beliau berkata, antara kekangan yang dihadapi pihaknya adalah usaha memecahkan undi orang Melayu yang menyokong Umno.
BLM.
0 comments:
Post a Comment