Wednesday, 15 June 2016

Tun M akan kembali ke Kuala Kangsar esok (Khamis 11am di Manong) & Gabungan Ketua Cawangan Umno Sokongan Calon Amanah.

Rabu, 15 Jun 2016


AMANAH JAUH KETINGGALAN , DR MAHATHIR DATANG LAGI.

PASUKAN DEKLARASI RAKYAT akan datang ke Kuala Kangsar lagi. Tun Dr Mahathir  Mohamad akan turut serta. Program pada kali ini di Dun Manong.. TUN Dr Mahathir akan turun sekali lagi  membantu PH  berkempen.DIFAHAMKAN penduduk DUN MANONG ingin mendengar sendiri penjelasan Tun Dr Mahathir  kenapa mereka perlu mengundi AMAANAH.

PROGRAM DEKLARASI RAKYAT
HARI:KHAMIS
TARIKH: 16 JUN 2016
TEMPAT:PEKAN MANONG,KUALA KANGSAR
MASA:11.00 PAGI
TOKOH: TUN DR MAHATHIR

Gabungan Ketua Cawangan Umno Sokongan Calon Amanah PRK Kuala Kangsar

 Gabungan Ketua-ketua Cawangan Malaysia (GKCM)berjanji akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar, kata pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi.

Beliau berkata, selepas penamaan calon pada 5 Jun lalu, Amanah tidak putus-putus mendapat kunjungan dan sokongan daripada pihak-pihak dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga pemilihan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid.

 “Pada esok sokongan akan dapat dilihat dengan kehadiran Tun M bersama pasukan Deklarasi Rakyat dan Gabungan Ketua-ketua Cawangan Malaysia yang akan turun membantu kami di seluruh parlimen Kuala Kangsar kerana mereka telah berjanji memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam usaha memberikan kemenangan kepada calon Amanah.

“Ini merupakan satu suntikan kepada kami kerana mereka menyatakan sokongan dan akan menterjemahkan ke dalam bentuk undi,” katanya dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.
Menurut Asmuni juga, Amanah akan menguruskan dengan baik sokongan golongan rebel Umno ini agar dapat memenangkan calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli.

“Selain daripada isu nasional mereka menyatakan ketidakpuasan hati  terhadap kepimpinan BN dan calon dan juga masalah dalaman di Kuala Kangsar.


“Kita uruskan dengan cara paling baik bantahan akar umbi Umno ini untuk disalurkan ke peti undi Amanah,” katanya yang juga bendahari agung Amanah.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan kembali ke Kuala Kangsar esok untuk menghadiri forum Selamatkan Malaysia bersama Deklarasi Rakyat dengan pengundi Melayu dan Cina di Manong pada jam 11 pagi.

 Mahathir Ahad lalu telah menghadiri forum Selamatkan Malaysia di Taman Chandan Putri, Kuala Kangsar.

Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena