Saturday, 25 June 2016

Kumpulan 3M akan wujud parti baru? GKCM beri amaran 'badai' besar bakal landa Umno.

Sabtu, 25 Jun 2016

GKCM beri amaran 'badai' besar bakal landa Umno

Pemecatan Muhyidin dikatakan menempah krisis besarPemecatan Muhyidin dikatakan menempah krisis besarUmno bakal dilanda pergolakan besar selepas pemecatan beberapa tokoh parti itu seperti diumumkan Majlis Tertinggi parti itu pada sidang media semalam, kata Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM).
Ketuanya Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, GKCM akan mula bertindak balas di atas 'penghinaan yang tidak boleh diterima' terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
"GKCM akan mula bertindak. Umno akan dilanda badai ketidakpercayaan yang amat dasyat," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.
Kenyataan itu menyusul sejurus keputusan Majlis Tertinggi Umno sebulat suara memecat Muhyiddin dan Mukhriz sementara Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digantung daripada Umno.
Sementara itu Kamarul Azman juga tidak menolak kemungkinan akan wujud parti baru menggabungkan ketiga-tiga tokoh penentang Datuk Seri Najib Razak iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin dan Mukhriz yang disebut sebagai kumpulan 3M.
Tokoh 3M ini adalah antara yang lantang mengkritik Najib khususnya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mereka juga terlibat dalam gerakan Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia bersama pembangkang, mengumpul tandatangan bagi mendesak Najib berundur dari jawatan perdana menteri.
Mengulas lanjut Kamarul Azman juga mendakwa pemecatan Muhyiddin bakal menambah lagi persepsi negatif dan kebencian rakyat kepada Najib.
Justeru katanya Najib dan MT Umno perlu mengambil iktibar daripada revolusi rakyat Filipina yang berjaya menggulingkan Fredinand Marcos pada 22 hingga 25 Februari 1986.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena