Thursday 16 June 2016

Muhyiddin turun Sungai Besar sokong calon AMANAH..."Jangan terguris 'harumanis' Pas sokong Amanah di dua PRK"

Jumaat, 17 Jun 2016
Muhyiddin turun Sungai Besar sokong calon AMANAH
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini turun ke Sungai Besar bagi berkempen menyokong calon AMANAH Ustaz Azhar Datuk Abdul Shukor.
Beliau bersama Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) bertemu pengundi di Pasar Awam dan Pasar Tani Pasir Panjang kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Lawatan beliau itu sekaligus melengkapkan sokongan pemimpin utama kumpulan Gerakan Selamatkan Malaysia yang mahu Najib meletak jawatan.
Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad telah turun menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon AMANAH, Ustaz Azhar Datuk Abd Shukor.

Jangan terguris 'harumanis' Pas sokong Amanah di dua PRK

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh sebenar parti-parti bertanding.
PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh sebenar parti-parti bertanding.
Pucuk pimpinan tertinggi Pas diharap dapat menerima kecenderungan ahli-ahli parti itu yang menyokong Amanah  dengan penuh lapang dada, ujar Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin.
Shazni Munir Mohd IthninShazni Munir Mohd IthninBeliau yang juga Penyelaras Jentera Induk Pemuda Amanah di Sungai Besar berkata, segala ugutan, tohmahan, kata-kata nista dan kejian kepada kelompok berkenaan harus dihindarkan dalam konteks politik matang dan sejahtera.
"Ini memandangkan mereka juga mempunyai anak-anak, ayah, ibu dan keluarga yang perlu dipelihara hati dan perasaan sebagai manusia biasa," jelasnya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau mengulas kehadiran secara terbuka pimpinan kawasan dan cawangan Pas Kawasan Sungai Besar dalam pelbagai program penerangan anjuran Amanah selepas calon Pas, Dr Rani Osman menghadiri majlis iftar Amanah, Selasa lalu.
Menurut Shazni, kehadiran mereka dilihat sebagai sokongan tidak langsung kelompok yang digelar 'harumanis' ini kepada parti diterajui bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu itu.
"Politik seharusnya ditanggap sebagai salah satu daripada proses menentukan halatuju negara. Sebarang persengketaan berasaskan emosi, sentimen kepartian melampau dan ketaksuban membuta-tuli sewajarnya tidak berlaku dan wajib ditegah jika perlakuan-perlakuan jelek ini sedang bermaharajalela.
"Anggota setiap parti perlu ditertibkan dengan akal budi yang sihat dan tidak terjebak dengan pertelingkahan yang tidak membangun agama dan negara," ujarnya.
Sehubungan itu, Shazni mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersungguh-sungguh menggerakkan sokongan kepada calon Amanah dan Pakatan Harapan pada pilihanraya kecil kali ini.
"Marilah sama-sama kita berdoa agar kemenangan bakal memihak kepada calon Amanah/ Pakatan Harapan. Pesanan buat seluruh jentera, usah berhenti hingga garis akhir perlumbaan. Terus bergerak dan maju," tegasnya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena