Tuesday, 21 June 2016

Kalau ikut rentak UMNO-BN, sampai bila-bila pembangkang takkan jadi kerajaan.

Rabu, 22 Jun 2016
Page Liked · 8 hrs
 
Presiden Jokowi berbuka puasa dengan ala kadar sahaja...
tidak sama dengan pemimpin politik di malaysia ,,yang lebih suka berbuka di majlis majlis di hotel lima bintang.

Syahiskandar Iskandar sy melihat sekarang indonesia sudah semakin rendah indeks rasuahnya berbanding malaysia dgn rasuah yg semakin tinggi.tidak mustahil satu hari nanti anak2 gadis dan pemuda kita pula akan dihantar keindonesia untuk bekerja disana.lihat skrg ini anak2 muda kita ramai yg ke Australia berkerja petik buah disana kerana dimalaysia gajinya sudah tidak boleh menampung kos seharian.

BAGAN DATOH: Kerajaan memberi kelonggaran kepada pendatang tanpa izin (PATI) untuk pulang ke negara asal masing-masing bagi menyambut Aidilfitri, berkuatkuasa serta-merta.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/166897
Nie TPM PATI ke? Untung la org kampung TPM...kahkahkah 😂
Tarima kaseh bapak menteri...permisi dulu donggggg..

Kalau ikut rentak UMNO-BN, sampai bila-bila pembangkang takkan jadi kerajaan

Liew-Chin-Tong

KLUANG, 21 JUN: Pembangkang di Malaysia tidak akan mampu jadi kerajaan baharu menggantikan UMNO BN jika masih terikut-ikut dengan rentak politik parti itu.
Sebaliknya, mereka perlu yakinkan pengundi bahawa kerajaan baharu yang bakal ditubuhkan tidak dengan terjebak dengan politik agama dan perkauman seperti yang dimainkan UMNO BN.
Pembangkang perlu beri penekanan kepada isu dan polisi yang melibatkan golongan biasa termasuklah peluang pekerjaan, pendidikan, pendapatan yang lebih baik, sistem perbandaran dan luar bandar, kehidupan yang lebih sempurna tanpa bebanan hutang dan sebagainya.
Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan Liew Chin Tong, berkata aspirasi sebenar rakyat Malaysia seperti yang disebutkan itu seringkali diketepikan kerana ia tidak sensasi sebagaimana isu kaum dan agama yang sering dimainkan.
Dalam masa sama, pembangkang pula dilihat gagal memberi pendirian ataupun jawapan yang tuntas bagi isu yang sentiasa dimanipulasi media itu.
“Di sinilah UMNO BN memainkan isu agama dan perkauman untuk terus kekal berkuasa sekaligus menafikan aspirasi rakyat biasa dengan merompak masa depan mereka melalui rasuah, kronisme dan nepotisme,” ujar beliau.
Ahli Parlimen Kluang itu berpandangan, pihak pembangkang tidak boleh mengambil jalan pintas dalam mengangkat isu dan aspirasi sebenar rakyat Malaysia.
“Jika kita gunakan jalan pintas. Pengundi nampak.
“Suka atau tidak, kita perlu mengambil tanggungjawab besar untuk membina Malaysia yang lebih baik untuk rakyat. Kita memberi inspirasi kepada diri sendiri dan pengundi manakala mereka akan memberi inspirasi kepada generasi baru mereka yang mengambil bahagian dalam politik untuk membentuk masa depan yang lebih baik,” jelasnya.
Menurut Pengerusi DAP Johor itu, kekalahan Pakatan Harapan merampas dua kerusi dalam Pilihanraya Kecil Sabtu lalu seolah-olah memberi mesej jelas bahawa BN sukar ditewaskan.
“Idea ‘Politik Baharu’ menggantikan ‘Politik Lama’ seolah-olah kelihatan mustahil,” kata Chin Tong.
Bagaimanapun beliau beranggapan, masih ada ruang bagi pembangkang negara ini merubah pendekatannya dengan tidak terikut-ikut dengan rentak mainan UMNO-BN.
“Ada yang berpandangan pembangkang perlu bersatu dan menjadi satu blok dan berdepan dengan BN satu lawan satu dalam pilihanraya akan datang.
“Tetapi adakah ini yang pengundi mahu lihat? Adakah Pilihanraya Umum akan datang akan ditentukan dengan pertandingan satu lawan satu dengan BN?
“Kita perlu soal diri kita apa sebenarnya yang pengundi mahu dan bukannya menurut atau terikut dengan kehendak pengkritik mahupun ahli politik,” katanya.-Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena