Friday 17 June 2016

[Video] Lagi 48 jam jaga-jaga, hati-hati - bekas Menteri UMNO

Jumaat, 17 Jun 2016

Saya selesai memberi kenyataan kepada Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) di IPD Kuala Kangsar berhubung siasatan dalam kes saya dituduh membuat ugutan ingin membunuh Najib Razak dengan melontarkan ‪#‎BomAtom‬. Saya agak terkejut kerana pihak polis telah mengambil keterangan dari saksi-saksi dalam tempoh dua hari laporan dibuat. Saya tidak salahkan pegawai polis yang menurut perintah, sebab itu kenyataan media saya ini saya tujukan kepada Ketua Polis Negara. Mohon sebarkan.
POLIS MEMANGGIL RAFIZI RAMLI UNTUK AMBIL KENYATAAN SIASATAN KES BOM ATOM
Selepas ceramah ‪#‎BONGKAR‬ mendedahkan perbelanjaan jet-jet yang digunakan Perdana Menteri dan isteri semalam, seorang pegawai polis berpangkat inspektor telah memaklumkan kepada saya bahawa saya dikehendaki melaporkan diri untuk diambil kenyataan berhubung siasatan kes ugutan jenayah “bom atom”.
Saya telah bersetuju untuk melaporkan diri ke Ibupejabat Polis Daerah Kuala Kangsar pada jam 2 petang hari ini untuk memberi kenyataan bagi mempercepatkan siasatan. Saya akan diiringi oleh peguam Saudara Saiful Izham Ramli semasa memberi kenyataan.
Sementara saya menghargai kemungkinan ada tekanan terhadap kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mempercepatkan siasatan dalam kes ini kerana pendedahan bersiri yang saya buat sejak 2 minggu lalu, saya menggesa supaya pasukan polis tidak diheret sama di dalam kempen pilihanraya kecil (PRK) kali ini.
Siasatan secepat kilat dalam kes paling lucu abad ini berbanding kegagalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memanggil Arulkanda Kandasamy dalam kes 1MDB walaupun saya telah membuat laporan lebih dua bulan lalu terhadap CEO 1MDB itu akan menjadi bukti kukuh kepada pengundi di Kuala Kangsar kenapa mereka perlu mengundi calon Pakatan Harapan hari Sabtu ini.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena