Monday, 27 June 2016

Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah bersara?

Isnin, 27 Jun 2016

Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah bersara

 | BORHAN AHMAD
Datuk Husni Hanazlah mengambil keputusan bersara dari Kabinet.
Datuk Husni Hanazlah mengambil keputusan bersara dari Kabinet.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah telah memohon bersara dan jawatan itu kini diambil alih oleh Datuk Johari Abdul Ghani, Timbalan Menteri Kewangan sebelum ini.
Pengumuman mengenainya dibuat oleh  Najib dalam sidang media bagi memaklumkan penyusunan semula kabinetnya hari ini ketika negara sedang diperleceh di seluruh dunia tentang skandal kewangan terbesar negara iaitu 1MDB.
"Husni telah memaklumkan kepada saya dia mahu bersara, jadi saya hormati keputusan itu. Dia sekarang sedia untuk bersara," kata Najib dalam sidang media itu.
Pengumuman ini mengejutkan banyak pihak kerana Husni diharapkan akan dilantik menjadi Menteri Kewangan bagi menggantikan Najib yang turut memegang jawatan penting itu di samping perdana menteri.
Dalam pada itu, bekas setiausaha politik Husni, Datuk Shamsul Zairil dalam satu kenyataannya berkata, Husni juga mengumumkan perletakan jawatannya selaku Bendahari Umno Malaysia, Bendahari Agung Barisan Nasional, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua Umno Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Tambun.
Dalam sidang media hari ini, Najib juga mengumumkan penyerang penting pasukan beliau, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dipindahkan ke Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Wahid Omar yang sebelum ini mengendalkan Unit Perancang Ekonomi.
Sebelum ini, Rahman adalah Menteri Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan.
Noh Omar kembali semula ke kabinet selepas BN menang besar di Sungai Besar.Noh Omar kembali semula ke kabinet selepas BN menang besar di Sungai Besar.Jawatan Rahman kini diambil alih oleh Tan Sri Mohamad Noh Omar, ahli parlimen Tanjung Karang yang sebelum ini digugurkan dari kabinet.
Noh kembali ke kabinet dipercayai selepas kejayaan beliau sebagai pengerusi perhubungan Umno Selangor yang memberi kemenangan besar kepada BN dalam pilihan raya kecil Sungai Besar baru-baru ini.
Najib turut mengumumkan pelantikan Datuk Mah Siew Keong sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi menggantikan Datuk Douglas Unggah Embas.
Pada masa yang sama, Najib turut mengumumkan pelantikan Datuk Aziz Othman dan Datuk Lee Chee Leong, masing-masing sebagai Timbalan Menteri Kewangan.
Datuk Chua Tee Yong bertukar portfolio kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebagai timbalan menteri.
Datuk Seri SK Devamany pula dilantik sebagai timbalan menteri di jabatan perdana menteri manakala Datuk Henry Sum Agong pula dilantik menjadi timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.
Datuk Nasrun Mansur pula dilantik timbalan menteri perusahaan, perladangan dan komoditi bagi mengambil alih tempat yang arwah Datuk Noriah Kasnon yang meninggal dunia ekoran tragedi helikopter awal bulan lepas.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena