Wednesday 15 June 2016

[Video] "Sedapnya mulut" AMANAH parti 'nanar' (bengong), warna pun serupa tok sami - TMB Kelantan..."Pas sukar menang, Dr Rani tarik diri lah..."

Rabu, 15 Jun 2016

Pas sukar menang, Mohamad Sabu sokong Dr Rani tarik diri

Dr Rani di majlis iftar Amanah. Di pentas utama Azmin menyatakan sokongan kepada calon Amanah Ustaz Azhar Ab Shukor.Dr Rani di majlis iftar Amanah. Di pentas utama Azmin menyatakan sokongan kepada calon Amanah Ustaz Azhar Ab Shukor.
Menyedari Pas sukar menang secara bersedirian, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyokong saranan Lim Kit Siang agar calon Pas Dr Abdul Rani Osman menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar kali ini.
Mohamad berkata, Abdul Rani yang sukar mendapat sokongan pengundi wajar memberi peluang kepada Amanah bertanding satu lawan satu dengan BN.
“Kalau dia (Abdul Rani) bertanding, memang tak boleh menang. Pas tak boleh menang bersendirian.
"Sepatutnya Pas yang kena tarik diri, sebab mereka kurang sokongan,” katanya ketika diminta mengulas pelawaan Kit Siang kepada Abdul Rani menyertai Pakatan Harapan.
Mengulas lanjut, bekas Timbalan Presiden Pas itu berkata, Amanah sedia menerima Abdul Rani menyertai Amanah atau mana-mana parti dalam Pakatan Harapan.
“Saya terbuka untuk terima beliau untuk sertai Pakatan Harapan... tak kisahlah dia nak masuk Amanah ke, PKR ke, atau DAP pun boleh,” katanya seperti dilapor media.
Sementara itu, Mohamad mendakwa parti itu kini bersaing sengit dengan BN di Sungai Besar sementara Pas di belakang.
Menurutnya, ia hasil tinjauan yang dijalankan badan-badan bebas terhadap pengundi di PRK Parlimen itu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena