Friday 18 January 2019

[Video 1MDB - RAKYAT MALAYSIA TAK PUAS HATI hanya dengan maaf & Pas angkat bendera putih sebelum berperang] Paspispus mana? Arab Saudi lulus peraturan larang kahwin bawah umur 15 tahun & BN didakwa sabotaj program PH di Cameron.

Jumaat, 18 Januari 2019

Paspispus mana?

Arab Saudi lulus peraturan larang kahwin bawah umur 15 tahun

Arab Saudi akhirnya meluluskan peraturan bagi mengharamkan perkahwinan kanak-kanak bawah 15 tahun minggu lalu, lapor Stepfeed.
Keputusan itu dibuat selepas Majlis Syura kerajaan menyaksikan undian 2/3 daripada badan penasihat itu bersetuju dengan peraturan baru tersebut.
Perkahwinan kanak-kanak adalah perkara biasa di dunia Arab, dengan 1 daripada 7 kanak-kanak berkahwin sebelum berumur 18.
Bagaimanapun, peraturan baru itu mempunyai kelemahan apabila remaja di bawah umur 18 boleh berkahwin jika mendapat kebenaran dari mahkamah khusus.
FMT.

BN didakwa sabotaj program PH di Cameron

Barisan Nasional (BN) dan amalan taktik kotor terhadap pihak lawan berpisah tiada. Kali ini, ia berlaku dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Pahang.
BN yang menguasai kerajaan negeri Pahang didakwa mensabotaj majlis makan malam amal anjuran Pakatan Harapan (PH) yang sepatutnya berlangsung di Dewan Serbaguna Tringkap, pada saat-saat akhir.
Perkara itu didedahkan Anggota Dewan Undangan Negeri Tanah Rata, Chiong Yoke Kong yang berkata pihaknya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) memberitahu dewan berkenaan tidak boleh digunakan untuk majlis tersebut.
“Rasanya tidak munasabah langsung kerana difahamkan JKKK belum ditubuhkan sejak pilihan raya umum lepas, jadi dari mana datang jawatankuasa kena siasat.
“Dewan ini juga merupakan dewan orang ramai, bukan kepunyaan peribadi mana-mana pihak, ia didirikan atas derma orang ramai kawasan ini. Kita pun sudah jual 55 tiket bernilai RM60 setiap seorang dan tempat program terpaksa ditukar ke dewan di Kampung Raja,” katanya.
Majlis itu diadakan bagi mengumpul dana kempen dan akan turut dihadiri oleh pemimpin tertinggi DAP.
Sementara itu, calon PH bagi PRK Cameron Highlands, M. Manogaran turut berasa kecewa dengan perkara berkenaan.
“Saya kecewa kerana kita masih menghadapi masalah sebegini di zaman Malaysia Baharu, dulu masa kita pembangkang sama juga, kita telah atur dan rancang majlis ini untuk penduduk sekitar Tringkap dan Kuala Terla dan ramai pembeli tiket pula terdiri daripada kalangan warga emas.
“Saya minta jangan buat begini dan guna alasan politik kononnya dewan tidak dapat digunakan untuk program politik. Siapa tempah dahulu kena diberi kebenaran untuk buat program, kempenlah secara bersih, terbuka dan telus,” ujarnya.
Manogaran bakal berdepan saingan empat penjuru membabtikan calon BN, Ramli Mohd Noor serta dua calon Bebas, Salehuddin Ab Talib serta Wong Seng Yee. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena