Wednesday 16 January 2019

[Video Kuasa Rakyat TOLAK PEMIMPIN TAKBUR] Undi PH agar pembangunan di Cameron tak terbantut.

Khamis, 17 Januari 2019

Lim: Undi PH agar pembangunan di Cameron tak terbantut

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berharap pengundi di kerusi Parlimen Cameron Highlands mengundi Pakatan Harapan (PH) supaya pembangunan di kawasan itu tidak terbantut di bawah Barisan Nasional (BN).
Lim yang juga Menteri Kewangan berkata, sekiranya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands ini PH gagal membawa perubahan kepada kawasan tersebut, pengundi boleh menukar undi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Sungguhpun kerajaan satu Malaysia dah ubah tapi (parlimen) Cameron Highlands belum berubah mengapa tidak kali ini berubah?
"Supaya kali ini dapat lihat pembangunan ketara sekiranya tak jalan (tiada perubahan, pada) PRU15 mereka boleh ubah lagi. Kalau tidak, pembangunan akan terus terbantut," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan di pasar malam Felda Sungai Koyan bagi berkempen untuk calon PH, M Manogaran pada PRK berkenaan.
Menurut Lim, kerajaan dahulu di bawah pentadbiran BN tidak boleh diharapkan untuk membawa pembangunan ke kawasan itu.
"Sekarang inilah peluang untuk dapatkan sesuatu yang diharapkan, di mana kerajaan persekutuan dan negeri sama-sama bangunkan Cameron Highlands.
"Sekiranya BN menang, ia sama sahaja. Selepas 9 Mei dan sekarang sama.
"Tapi sekiranya PH menang sekurang-kurangnya ada suntikan satu nafas baru, itulah kita harapkan rakyat boleh berikan satu peluang kepada kerajan persekutuan PH," katanya.
Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu membatalkan keputusan PRU ke-14 bagi kerusi parlimen Cameron Highlands dan mengarahkan supaya pilihan raya diadakan semula.
Hakim Azizah Nawawi memutuskan calon DAP, M Manogaran berjaya membuktikan terdapat amalan rasuah yang menyaksikan kemenangan kepada calon BN, Sivaraajh yang juga naib presiden MIC adalah tidak sah dan terbatal.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Jan sebagai hari undi awal dan 26 Jan sebagai hari pengundian bagi pertandingan empat penjuru itu.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena