Wednesday 9 January 2019

[Video UMNO Menumpang Di 'Rumah Lain' Jika Dibubarkan] Umno dari kerusi Putrajaya ke BERSILA di jalan raya? PM FB (Najib) ni dah lupo agaknya! Zaman dia PM, Najib jumpa Najib lulus pinjaman kepada Najib, macamano tak bankrap jang oiii! 'Pulangkanlah wang 1MDB' DAP Perak lapor MCA pada polis.

Rabu, 9 Januari 2019
「Foto rumah buruk BN」的圖片搜尋結果
「Foto Umno dah tersungkoq」的圖片搜尋結果「Foto Umno dah tersungkoq」的圖片搜尋結果
「Foto Umno dah tersungkoq」的圖片搜尋結果
Foto Pakatan Harapan Supporters.
Najib ni lupa agaknya. Zaman dia PM, Najib Razak jumpa Najib Razak lulus pinjaman kepada Najib Razak. Macamana tak bankrap. Sekarang ni dia dah jadi PM FB memangla berjaya...

DAP Perak lapor MCA pada polis, desak pulangkan wang 1MDB

Setiausaha Publisiti DAP Perak, Chong Zhemin hari ini membuat laporan polis terhadap MCA yang didakwa menerima RM16.5 juta, yang dipercayai wang hasil penyelewengan 1MDB, daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2013.
Laporan itu, katanya, dibuat bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyimpan wang curi.
“Bekas Presiden MCA Chua Soi Lek mengaku bahawa MCA menerima dana daripada Najib pada 2013 dan wang tersebut kini dibuktikan berasal daripada 1MDB.
“Wee Ka Siong selaku Presiden MCA yang sekarang tahu bahawa RM16.5 juta yang diterima oleh MCA pada 2013 adalah wang yang dicuri daripada 1MDB, justeru tidak harus menyimpannya.
“Jika Wee Ka Siong enggan memulangkannya dan terus menyimpannya, dia boleh disiasat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan,” katanya yang juga Adun Keranji dalam kenyataan.
Beliau turut menggesa agar Ka Siong segera memulangkan wang tersebut kepada rakyat kerana MCA tidak mempunyai sebab untuk menyimpannya.
Untuk rekod, Soi Lek dalam memoirnya mengaku menerima wang berkenaan daripada Najib menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Bagaimanapun, Ka Siong dalam wawancara dengan akhbar milik MCA, The Star berkata beliau tidak tahu mengenai wang yang diterima partinya itu. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena