Tuesday 8 January 2019

[Video Kit Siang dakwa UMNO letak calon di PRK Cameron Highlands] Akhbar: Sultan Pahang baru, Jumaat ini?

Rabu, 9 Januari 2019

Sultan Pahang baru, Jumaat ini?

Akhbar: Sultan Pahang baru, Jumaat ini?

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilaporkan mungkin akan ditabalkan sebagai Sultan Pahang bagi membolehkannya menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Akhbar Utusan Malaysia melaporkan, Institusi diraja Pahang dipercayai akan mengadakan mesyuarat minggu ini bagi membincangkan hasrat tersebut dan sekiranya diterima Tengku Abdullah akan ditabalkan sebagai Sultan Pahang, Jumaat ini.
Memetik sumber, akbar berkenaan melaporkan perbincangan itu hanya akan dihadiri ahli keluarga terdekat dan penasihat mereka malah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sedia maklum mengenai perkara tersebut.
“Jika cadangan itu diterima ia akan membuka jalan untuk Tengku Abdullah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong berdasarkan sistem pusingan.
“Berdasarkan sistem tersebut giliran Pahang menjadi Yang di-Pertuan Agong selepas Kelantan dan kami ingin menghormatinya,” katanya.
Tambah laporan tersebut, di bawah perlembagaan Pahang penggantian boleh dilakukan sekiranya Sultan bersetuju melepaskan hak dan kuasanya.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena