Tuesday 8 January 2019

[Video Perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong RM250 juta akan disiasat & UMNO-PAS bercerai] Wan Azizah dah turun ke Cameron Highlands bertemu masyarakat Orang Asli! JIKA BENAR MIC BERI LALUAN, Tok Mat mesti berani jadi calon di Cameron Highlands.

Rabu, 9 Januari 2019

UMNO-PAS bercerai?

Image may contain: 5 people, people smiling
Adik ni pelajar Ting. 3 melukis sendiri lukisan Atok Tun  kerana dia amat kagum dengan cara kepimpinan Tun... 
TS
Foto Siakap Keli Press.
Foto Muhd Shah Ozil.
Siakap Keli Press

Foto Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Foto Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Foto Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Selepas perjumpaan dengan pekebun-pekebun kecil, saya bertemu dengan masyarakat Orang Asli Cameron Highlands. Dalam melestarikan kembali Cameron Highlands, kebajikan mereka ini adalah salah satu faktor yang wajib diberi keutamaan.
Dikhabarkan MIC telah membuat keputusan menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Cameron Highlands yang bakal diadakan pada 26 Januari depan.

Keputusan itu dipercayai untuk memberi laluan kepada UMNO bertanding di situ yang dikatakan mempunyai peluang lebih baik untuk menang bagi berhadapan dengan calon DAP yang mewakili Pakatan Harapan.

Sehubungan itu, MT UMNO dilaporkan akan bermesyuarat hari ini bagi membincangkan perkara tersebut, sekaligus akan memutuskan calon yang sesuai diletakkan di Cameron Highlands nanti.
Jika semua perkhabaran ini adalah benar, UMNO tidak harus berfikir panjang lagi dan mesti memilih Mohamad Hassan, Timbalan Presiden UMNO yang sedang menjalankan tugas-tugas Presiden sebagai calon BN di Cameron Highlands.

Ini kerana dengan kedudukan serta jawatan beliau dalam parti sekarang ini, tidak sesuai sama sekali Mohamad Hassan atau Tok Mat sekadar menjadi Adun Rantau saja.

Kedudukan sebagai Timbalan Presiden UMNO, apa lagi sedang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Tok Mat mesti duduk sebagai Ahli Parlimen.

Malah, dalam sejarah UMNO selama ini, tidak pernah Timbalan Presidennya berkedudukan sebagai Adun.

Semuanya berkedudukan sebagai Ahli Parlimen belaka.

Orang luar?

Tidak harus timbul isu beliau orang Negeri Sembilan tidak sesuai bertanding di Pahang kerana dunia kini sudah banyak berubah dan tidak perlu terlalu terikat dengan faktor kenegerian.
Lagi pun, kalau Anwar Ibrahim, orang Permatang Pauh, tetapi boleh menang dengan  cemerlang di Port Dickson, malulah jika Tok Mat tidak mampu menuruti kejayaan Presiden PKR itu.

Tambahan lagi, Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail yang turut disebut-sebut sebagai calon bagi Cameron Highlands tidak sepatutnya dipilih kerana beliau sedang disiasat oleh SPRM berhubung pembelian undi dalam PRU14 yang lalu.

Pemilihan Wan Rosdy hanya meletakkan UMNO dan BN lebih sukar untuk mempertahankan kerusi Cameron Highlands.

Pilihanraya kecil Cameron Highlands akan diadakan pada 26 Januari dan penamaan calonnya pada 12 Januari. (ShahbudinHusin 09/01/2019)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena