Monday 14 January 2019

[Video Menteri Jadi Promoter - Anthony Loke] Dalam banyak2 menteri, 'Menteri Promoter' ni boleh bagi A++! My100 catat lebih 65 ribu langganan & 'Rasuah Pengundi' LKS menyeru pengundi CH menjadi mata dan telinga pihak berkuasa.

Isnin, 14 Januari 2019

My100 catat lebih 65 ribu langganan

「Gambar Anthony loke dan A samad said」的圖片搜尋結果
Kelab Che Det 
Dalam banyak-banyak menteri, yang ini admin rasa boleh bagi A+.
Hari sabtu yang sedikit lapang ni, boleh lah lah gunakan kemudahan pengangkutan awam...
Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada Ahad, 13 Januari 2019:
Menyeru semua pengundi Cameron Highlands agar menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan seperti amalan membeli undi dan kegiatan rasuah bagi menjadikan pilihan raya kecil (PRK) kali ini sebagai pilihan raya terbersih dalam sejarah negara
Saya menyeru semua pengundi Cameron Highlands agar menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan seperti amalan membeli undi dan kegiatan rasuah bagi menjadikan pilihan raya kecil (PRK) kali ini sebagai pilihan raya terbersih dalam sejarah negara.
Saya juga menyeru semua parti politik dan calon yang bertanding untuk bersama-sama turut serta menjadikan PRK Cameron Highlands sebagai pilihan raya terbersih dalam sejarah negara dengan mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya apabila diminta kelak.
Ini adalah prinsip yang dipegang oleh jentera kempen Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands dan saya harap Barisan Nasional akan berpegang pada pendirian yang sama.
Hari ini, pemimpin Barisan Nasional membangkitkan mengenai beberapa keping gambar yang tular di media sosial yang memaparkan beberapa orang berpakaian baju-T dengan logo Pakatan Harapan dikatakan memberikan wang kepada pengundi. Susulan itu, beberapa laporan polis telah dibuat atas dakwaan berlaku pembelian undi.
Kami tidak gentar dengan tuduhan itu kerana tidak ada sebarang pembelian undi berlaku dalam kejadian itu.
Penolong kepada ketua operasi Jelai Pakatan Harapan, Arvind Bharet, menjelaskan mengenai imej yang tular di media yang mengambarkan beberapa sukarelawan parti di Cameron Highlands sedang mengagihkan pembayaran balik perbelanjaan kepada pihak yang terlibat pada hari pencalonan semalam, yang mana akan diisytiharkan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan kempen.
Wanita memakai baju berwarna merah itu dikenali sebagai Vanessa, berketurunan Dusun-Punjabi dari Kota Kinabalu. Beliau menjadi sukarelawan Impian Malaysia sejak 2014. Beliau adalah graduan dalam bidang komunikasi yang melakukan kerja-kerja sukarelawan menerusi Impian Malaysia di seluruh negara.
Beliau ditugaskan untuk menguruskan Orang Asli dari pelbagai kampung Orang Asli yang hadir menaiki motosikal pada hari penamaan calon di Tanah Rata, semalam.
Terdapat 60 penunggang motosikal dan beliau membuat pembayaran balik sebanyak RM20 setiap seorang.
Terdapat lima buah kereta dan empat bas yang membawa Orang Asli tetapi ia tidak diletakkan di bawah tanggungjawab Vanz.
Adakah Barisan Nasional bersedia untuk mendedahkan perbelanjaan yang dikeluarkan bagi membawa orang ramai ke hari pencalonan semalam, dan jumlah keseluruhan perbelanjaan yang terlibat serta menjawab semua pertanyaan mengenai perbelanjaan sepanjang tempoh pilihan raya kecil ini?
Lim Kit Siang

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena