Wednesday, 16 January 2019

[Video Saya Minta Datuk Seri Najib Turun Beri Sumbangan Lagi - Khalid Samad] Menteri 'Model isi minyak' & Isu ‘duit minyak’ tak jejas kempen PH, kata Manogaran.

Rabu, 16 Januari 2019

“Minta maaf, kami guna kamera…” team Syed Saddiq jawab kekecohan gambar ‘model isi minyak’.

Isu ‘duit minyak’ tak jejas kempen PH, kata Manogaran


Calon Pakatan Harapan M Manogaran berkata tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil seorang wanita berbaju PH yang didakwa mengagihkan wang kepada sukarelawan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands untuk merakamkan keterangannya tidak beri kesan kepada kempennya.
Sebaliknya, Manogaran berkata penduduk lebih bimbangkan isu tempatan.
"Saya rasa tak (jejaskan kempen). Kita telah beri penerangan tentang ini ia tak jejaskan sebab saya merata-rata tempat saya jalan tak ada orang tanya. 
"Media yang tanya, orang lain tak tanya," katanya kepada pemberita hari ini.
Manogaran yang telah tiga kali mencuba nasib di kerusi tersebut berkata demikian kepada pemberita selepas melawat penduduk di kawasan tersebut hari ini.
Beliau yang menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa berkata, akan kekal dengan kenyataannya sebelum ini.
Katanya, beliau akan memberi penjelasan yang sama sekiranya beliau ditanya mengenai perkara itu oleh penduduk ketika berkempen.
"Kita (PH) amat prihatin dan saya mahu semua penduduk dan pengundi buang undi dengan sukarela," katanya.
Sebelum ini, beberapa pemimpin politik pembangkang mengulas di Twitter berhubung gambar yang memaparkan seolah-olah jentera kempen PH Cameron Highlands sedang mengagihkan wang.
Gambar yang dimaksudkan itu memaparkan seorang wanita berbaju PH Cameron Highlands mengagihkan wang kepada beberapa individu yang turut memakai baju sama.
Namun, Penolong Ketua Pusat Operasi PH Jelai Arvind Bharet tampil menjelaskan bahawa pihaknya hanya memberikan bayaran balik untuk kos petrol kepada sukarelawan yang menggunakan kenderaan sendiri pada hari penamaan calon.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena