Kenapa tak tanya Najib?
Tony Pua menempelak bekas menteri Barisan Nasional,Khairy Jamaluddin yang bertindak menjarakkan diri daripada dakwaan kerajaan China menawarkan bantuan kepada 1MDB yang mengalami masalah kewangan sebagai balasan penganugerahan projek.
Walaupun ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet sekalipun, kata Ahli Parlimen Damansara itu, mereka sepatutnya mempersoalkannya apatah lagi selepas terdapat bukti mengesahkan berbilion dolar dana 1MDB diselewengkan.
“Pernahkah kamu membangkitkan persoalan itu di dalam Kabinet dan meminta Perdana Menteri ketika itu (Datuk Seri Najib Razak) menjelaskan perjanjian yang penuh muslihat itu?” soalnya dalam kenyataan, hari ini.
TS.
JASA yang tak berjasa pun, jangan terima...
Jangan hairan bin terkejut kalau beruk, buaya sakit gigi pun ketawa melihat ketololan manusia menerima musuh mereka dalam kelambu yang sama. Kalau benar BERSATU hendak menerima penghina, pencaci Tun Mahathir sebagai ahli BERSATU maka janganlah salah ibu mengandung kalau para pejuang super tulen BERSATU hilang hormat terhadap pimpinan BERSATU kelak.
Umum tahu JASA besar jasa di era penyamun kelas cakrawala Najib Razak memuntahkan segala racun, fitnah dan nista, kebencian terhadap Tun Mahathir yang menjadi pemimpin tersohor PH merangkap PM sekarang.
JASA agen propaganda murahan rejim super korup BN. Matlamat mereka musnahkan musuh politik BN, mencipta fitnah, mengekalkan kezaliman dan kemungkaran. Apakah manusia jenis ini layak diterima dalam wadah BERSATU?
Pemimpin jenis apa dalam BERSATU yg sanggup menerima musuh politik PH dalam kelambu BERSATU? Mungkinkah pemimpin BERSATU ini juga balaci pemakan dedak Najib yang mendapat tempat dan kuasa dalam BERSATU? Hati-hati musuh dalam selimut.
Apakah bekas kakitangan JASA yang menyertai BERSATU bakal diberi jawatan dalam kerajaan PH juga? Apakah pihak BERSATU lupa segala jasa para pejuang mereka yang banyak berkorban tapi kini dipinggirkan?
Kalau bekas pegawai JASA diterima BERSATU sebagai ahli dan diberi pekerjaan oleh parti maka janganlah terkejut beruk kalau banyak pejuang super tulen BERSATU akan meninggalkan parti tanpa sedu sedan tapi penuh dengan dendam kesumat yang boleh membawa bala kepada BERSATU menghadapi PRU 15 kelak.
Sebelum nasi menjadi bubur kita nasihatkan BERSATU jangan terima bekas JASA menyertai BERSATU demi kerukunan dan kesejahteraan parti. - Yahaya Ismail
Kekal pendirian tidak benarkan atlet Israel masuk Malaysia
Kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak yang akan berlangsung bermula 29 Julai hingga 4 Ogos depan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekiranya skuad Israel itu tetap berdegil mahu menyertai kejohanan berkenaan maka ia adalah satu kesalahan.
“Kita tetap tidak benar… Kalau mereka mai (datang) juga ia adalah satu kesalahan.
“Jika mereka mahu menarik semula hak penganjuran kejohanan itu dari Malaysia sekali pun, mereka boleh berbuat demikian,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) 1/2019 hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan Malaysia yang tidak membenarkan atlet Israel menyertai kejohanan itu yang mengundang bantahan Jawatankuasa Olimpik Israel yang memberi tekanan berterusan kepada penganjur agar atlet mereka diberikan visa.
Kejohanan itu dilihat sebagai platform penting bagi kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) selaku penganjur kejohanan berkenaan turut dilaporkan berdepan dilema ekoran larangan terhadap atlet Israel daripada menyertai pertandingan itu.
Semalam Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong berkata Malaysia tidak akan membenarkan atlet renang paralimpik Israel memasuki negara ini bagi menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan berlangsung di Sarawak, Julai ini.
Beliau berkata ini disebabkan Malaysia mempunyai dasar luar negara yang amat jelas terhadap IsraeL.-BERNAMA.
Berita penuh https://malaysiadateline.com/kekal-pendirian-tidak-benarkan-atlet-israel-masuk-malaysia/
0 comments:
Post a Comment