Tuesday 5 March 2019

[Video Bos GLC pengantara urusan bayaran, kata peguam Clare] Dana jutaan ringgit: 3 lagi dipanggil SPRM..Hari ini Rameli Musa kawan baik Hadi selama 20 tahun, Zaidy YDP PAS Selayang & Anuar kakitangan pejabat PAS! Adakah dosa pahala milik eksklusif lebai untuk tentukan?

Selasa, 5 Mac 2019
KiniTV
Seorang bos syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan pengantara dalam mengendalikan urusan bayaran antara Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menurut Peguam Americk Sidhu. Memetik portal The Malaysian Insight, Americk juga mendakwa individu itu menawarkan diri untuk membayar guaman tersebut secara tunai yang juga cadangan pertama dari PAS, namun beliau menolak dan seterusnya individu pengantara Hadi terus menulis ceknya sendiri dan menandatangani. Menurut Americk lagi, individu tersebut memberi alasan bahawa beliau terpaksa mengambil wang tunai dari Hadi untuk dimasukkan ke dalam akaunya.
Laporan portal tersebut juga melaporkan bahawa Americk, yang mewakili Clare berkata penyelesaian di luar mahkamah itu merupakan kemuncak daripada rundingan yang dibuat sejak beberapa bulan lalu melibatkan PAS, Clare dan individu berkenaan sebagai pengantara. Clare kemudiannya mengarahkan Americk untuk memindahkan wang berkenaan ke dalam akaunnya di London. Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di London pada 2017, melibatkan dakwaan Hadi dan pemimpin PAS lain menerima RM90 juta untuk menyokong Umno dan BN pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
Penyelesaian itu dibuat tanpa sebarang perintah kos pada 1 Februari. Susulan dakwaan oleh PAS bahawa tiada bayaran dibuat, Clare memuat naik artikel dalam Sarawak Report, bersama gambar cek Bank Islam, mendakwa beliau dibayar sebanyak RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian bagi membolehkan Hadi menarik balik kes dengan perjanjian kedua-dua pihak perlu merahsiakan mengenai bayaran itu. Sementara itu Americk berkata beliau tidak tahu bagaimana rundingan tersebut berlaku.
Dana jutaan ringgit: Rameli, Zaidy, kerani Pas tiba di SPRM
Zaidy( kiri) tiba bersama- sama Mohd Khoirul (berbaju hijau) di Ibu Pejabat SPRM pagi ini.
Sinar Harian
3 lagi dipanggil SPRM hari ini.
a) Rameli Musa, kawan baik Hadi Awang selama 20      tahun.
b) Zaidy, YDP PAS Selayang @ bekas ADUN PAS     Selangor.
c) Anuar, seorang kakitangan pejabat PAS.
Dosa pahala milik eksklusif lebai untuk tentukan?
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Bayar Clare RM 1.4 juta pun dapat pahala. Tak mengaku suara dalam audio tu pun dapat pahala.
Dosa pahala milik eksklusif lebai untuk tentukan.
Inilah wajah penunggang agama untuk mengencing walaunbodo. Dosa pahala sorga neraka menjadi dagangan untuk puak puak mereka sahaja.

2 comments:

Lone ranger pomen said...

Hari ni menurut kata pasumno mereka bersanding, naik pelamin. Tapi rasanya mereka kata sama jantina hari tu. LGBT betul la.

Unknown said...

Tanda ahli sorga, ada tanda di jari... hahahaaa

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena