Friday 15 March 2019

[Video Dr M ulas 8 wakil rakyat Sabah sertai Bersatu] Perbicaraan dihenti seketika lepas Najib 'hilang' ke tandas! 'Nak terkencing' kot?

Jumaat, 15 Mac 2019
Tiada penerangan foto disediakan.
Tiada penerangan foto disediakan.
Apa maksud dia ni..?
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

Perbicaraan dihenti seketika lepas Najib 'hilang' ke tandas

Prosiding rayuan Najib Razak di Mahkamah Rayuan hari ini dihentikan seketika susulan tindakan bekas perdana menteri itu yang keluar ke tandas tanpa memberitahu sesiapa termasuk peguamnya.
Ketika penghujahan lisan peguamnya Harvinderjit Singh, Hakim Zabariah Mohd Yusof yang mempengerusikan panel tiga hakim sedar Najib tiada di kamar mahkamah.
Beliau bertanya Harvinderjit tentang perkara itu. Peguam itu kemudian berpaling  dan mendapati Najib tiada di tempatnya, dan memberitahu Zabariah beliau akan memeriksa perkara itu.
Zabariah kemudian memerintahkan prosiding ditangguhkan seketika.
Ketika prosiding disambung dan Najib kembali semula, peguamnya Muhammad Shafee Abdullah memohon maaf kepada panel hakim.
"Kami mohon maaf, Najib tidak tahu (beliau perlu memaklumkan kepada mahkamah sebelum ke tandas).


"Harvinderjit (berhujah) dengan cukup baik," katanya berseloroh dan membayangkan semua orang tertumpu dengan penghujahannya sehingga tidak sedar Najib meninggalkan kamar.
Shafee memberitahu hakim bahawa beliau telah menjelaskan kepada Najib pentingnya untuk memberi isyarat kepada peguam untuk memastikan sama ada prosiding boleh dihentikan untuk membolehkannya ke tandas.
Ketika ditemui selepas prosiding, Shafee berkata Najib hanya menunjukkan ketertibannya.
"Dia bukan peguam. Dia fikir dia bertindak tertib dengan secara senyap meninggalkan kamar untuk tidak mengganggu prosiding. Dia tak tahu tak boleh keluar, walau seminit (tanpa minta kebenaran)," katanya.
Mahkamah Rayuan hari ini mendengar empat permohonan Najib berhubung kes SRC International.
Beliau berdepan tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah melibatkan RM42 juta wang syarikat berkaitan 1MDB itu.
Sementara itu, Shafee berkata keadaan tangannya semakin baik selepas anjingnya melompat mahu bermain dengannya.
Ia menyebabkan perbicaraan kes berkenaan SRC International yang sepatutnya diadakan 12 Mac lalu, ditangguh ke hari ini.
"Sudah semakn baik sekarang. (Sebelum ini) bengkak," katanya lagi.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena