Tuesday, 12 March 2019

[Video Kalau takda skandal 1MDB BOSSKU tidak perlu ada TABUNG HARAPAN] Dalam Parlimen nampak mereka bergaduh? Di luar duduk semeja BERGUMBIRA bergelak ketawa! Aku pengundi PH yang bukan golongan B40, apa yang aku dapat?

Rabu, 13 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk, sut dan dalaman
Sidang Parlimen hari ini, di dalam nampak mereka bergaduh. Di luar duduk semeja bergelak ketawa.
Berpolitik lah dengan landskap Politik matang di bawa oleh kerajaan Pakatan Harapan,
Bukan lagi dasar Politik 'Natang' yg di bawak selama ini oleh PARTI PAS....😂😂
Baik ade makna tu..
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang duduk dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, sut
「Gambar penoreh getah」çš„Ã¥œ–片搜尋結æžœ
Keluh resah penoreh getah
Aku mengundi PH dalam PRU14 yang lepas. Sebagai pengundi PH yang bukan golongan B40, apa yang aku dapat?
Sebenarnya, dari segi kewangan, boleh kata tak ada. Selain penghapusan GST, tidak ada apa dasar yang menguntungkan aku. Tol masih wujud. Subsidi petrol pun aku bakal tak dapat. Tapi... Adakah aku menyesal mengundi PH?
Sama sekali tidak! Bahkan sampai hari ini, aku masih sangat bersyukur kerana mengundi PH dan PH mampu membentuk kerajaan. Aku tak gila dan aku tak dapat dedak. Tapi aku sokong PH kerana kesedaran.
Cuba bayangkan jika BN masih memerintah ketika ini, apa yang aku dapat? Sebenarnya tiada apa juga. Bahkan aku terpaksa pula membayar GST sebanyak 6% yang mungkin dinaikkan ke 8%.
Di situ sudah ada satu kemenangan untuk aku. Tapi bukan setakat itu sahaja, ada kemenangan yang lebih besar iaitu dengan pendakwaan terhadap penyangak-penyangak yang bertopengkan bangsa dan agama.
Ya, PH tak beri aku banyak keuntungan dari segi ekonomi pada ketika ini. Tapi aku percaya, sekiranya kewangan negara diuruskan dengan baik, ekonomi akan terus mekar. Dan hasilnya untuk aku akan tiba waktu itu.
Tadbir urus negara yang amanah, bersih dan cekap akan mengundang pelaburan. Dengan pelaburan inilah pendapatan negara akan meningkat dan yang lebih penting, peluang pekerjaan akan bertambah.
Dengan bertambahnya peluang pekerjaan akan menjadikan demand pada pasaran pekerja. Dan itu akan secara tidak langsung akan menaikkan gaji pekerja. Paling tidak, anak cucu aku nanti tak perlu jadi penganggur.
Politik yang stabil juga akan merancakkan pembangunan ekonomi. Maka akan ada banyak peluang perniagaan terbuka. Ramai rakyat yang boleh melibatkan diri dalam bidang perusahaan.
Itu semua akan meningkatkan hasil cukai. Dan apabila kewangan negara kukuh, barulah kita boleh mendapat banyak faedah yang lebih baik dan lebih menguntungkan kita.
Tapi bukan sekarang. Rumah yang dilanda banjir dan ribut pun tak dapat siap dalam sehari. Inikan pula negara yang dilanda penyamun. Apa yang penting, perlu berikan sokongan supaya kerajaan kekal utuh dan pembangunan ekonomi dapat dirancakkan selagi mana mereka tidak menyeleweng.
Apapun, Malaysia berada pada landasan yang betul sekarang ini. Memang PH tidak menguntungkan aku tetapi yang lebih penting, mereka tidak merugikan negara. Berbanding BN yang bukan sahaja menyiksa aku bahkan menjadikan negara papa.
Lebih penting, aku memikirkan tentang nasib anak cucu cicit aku kelak. BN tak menjanjikan apa-apa untuk mereka melainkan kesusahan. Kerana itu aku bersyukur BN kini disingkirkan dari Putrajaya.
BN penyangak no.1, PH penyelamat Negara.

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Tapj apakan daya, bangsa ku yg segelintir lebih mementingkan dedak dari nasib negara sendiri, lebih suka kesenangan sekarang tanpa pedulikan nasib anak cucunya nanti, yg dia sebok, melayu, melayu, padahal selama 60 tahun ditipu pun takpe, yg penting kaki penipu tu melayu hingga ujud tipu patuh syarie... Tu yg terbaru hasil dari gabungan 2 parti melayu. Inilah negaraku...

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena