KiniTV
Aktiviti perlombongan dan eksport bauksit di Kuantan, Pahang tidak boleh beroperasi semula walaupun selepas tamat tempoh moratorium kegiatan itu pada 31 Mac ini.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, ini kerana arahan pemberhentian operasi bauksit yang dikeluarkan pada Januari 2016 seperti termaktub di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 masih berkuatkuasa.
“Arahan pemberhentian operasi perlombongan hanya akan ditarik balik setelah semua pihak bersedia mengikut prosedur operasi standard (SOP) Aktiviti Perlombongan dan Pengeksportan Negeri Pahang bagi menjamin aktiviti perlombongan mampan.
“Kementerian saya telah pun mengambil tindakan untuk memantapkan SOP itu yang akan mengenakan syarat ketat yang merangkumi seluruh rantaian aktiviti perlombongan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Sementara itu, Dr Xavier berkata satu sesi pendengaran awam bersama semua pihak berkepentingan termasuk pertubuhan berkaitan alam sekitar dan penduduk setempat akan diadakan pada 14 April ini.
Menurutnya, kementerian juga akan mengeluarkan notis pemakluman mengenai sesi pendengaran awam itu pada hujung bulan ini.
“Sesi pendengaran awam ini dianjurkan bagi mendapatkan pandangan dan maklumat balas berhubung SOP yang bakal dikuatkuasakan,” katanya.
Orang awam boleh meneliti SOP baharu itu dalam laman web www.kats.gov.my pada 31 Mac ini.
Dah masuk 4 kali Najib ni minta tangguh..kali ni alasan Shafie minta tangguh sbb tangan dia cedera sebab Anjing lompat.....
Beribu ribu dalih nak melambatkan perbicaraan....keje penyamun ni nak bodohkan rakyat Malaysia je......
Nampak tak ? diawal pendakwaan.. Peguam yg sama kata mahu perbicaraan disiar secara Langsung.. mahu perbicaraan dipercepatkan.. ia hanya mahu mewujudkan persepsi yang Najib tak bersalah.. menjadi mangsa konspirasi..mereka berlagak berani..Inilah hebatnya lakonan Najib..
Bila Perbicaraan mahu dimulakan.. mereka memohon beberapa penangguhan, pertikai Pendakwaraya..Pertikai Hakim..Pertikai Dokumen..akhirnya merayu lagi ke peringkat Mahkamah Rayuan hanya sebab pertikaikan Pendakwaraya.. semata mata mahu melengah lengahkan Perbicaraan.. mereka akan cuba tangguhkan selama mungkin..
Dan akhirnya bila perbicaraan sudah hampir..mereka mahu menutup Media dan suara Orang ramai sebab apa ? sebab Bukti yang amat Jelas..memang Najib itu perompak..Memang dia Penjahat.. yang masih percaya kan Najib ni hanya kelompok Ashbiyah dan juak juak PAS...
Hakikat yang sebenar..mereka cuba sedaya upaya sementara tempoh perbicaraan ini untuk terus bangkit dan cetuskan sentimen Perkauman.. heret ketidakkestabilan Kerajaan PH.. Mereka hampir hampir melakukan huru hara denagn semboyan Perkauman, ketika himpunan ICERD dan Plot Serangan Kuil apalagi melibatkan kes Adib..
Nasiblah Tun Bijak membaca rencana jahat mereka.. Namun jangan dipandang ringan..Mereka akan terus mencuba mencetuskan sentimen Perkauman.. Mereka yakin sebab dibantu kelompok Khawarij dan Ulama Jahat.. sebagaimana Khawarij membantu Muaawiyyah mencetuskan huru hara ketika pemerintahan Saidina Ali
Anjing Shafee akibatkan kes Najib tertangguh
Muhammad Shafee Abdullah, peguam Najib Razak, hari ini berkongsi kisah bagaimana tangannya tercedera.
Katanya, ia disebabkan oleh seekor anjing pengawal besar tetapi manja.
“Ia seekor anjing penjaga yang muda dan sedang dilatih. Umurnya baru 10 bulan tapi dia lebih besar dari anjing dewasa. Saya ada beberapa ekor anjing di rumah dan laman pejabat saya.
“Di rumah saya, ada anjing pengawal tua dan seekor anjing pengawal muda yang masih dilatih. Yang ini (muda) agak manja dan mahu main dengan saya, dan tertolak ke belakang.
“Ia bukan disebabkan olehnya, (cuma) saya terlalai dan tercedera,” kata Shafee.
Mengulas kecederaan itu, Shafee berkata tangannya mula rasa sakit selepas hadir untuk urusan mahkamah di Shah Alam.
Bengkaknya ketika itu tidak berapa kelihatan.
0 comments:
Post a Comment