Saturday 6 December 2014

Chinness Man, duduk paling hadapan...Beberapa jemaah mula menitiskan air mata...

Sabtu, 6 Disember 2014
Photo: salah sorg peminat tok guru nik aziz duduk paling hadapan...tabikkk bro ....chinness man...
salah sorg peminat tok guru nik aziz duduk paling hadapan...tabikkk bro ....chinness man...



Subuh tadi sekali lagi aku ke Masjid Pulau Melaka untuk menunaikan Solat Subuh.

Di samping menyimpan hasrat untuk bertemu mata dan bersalaman dengan Tok Guru. Kira-kira 2 minit sebelum Solat bermula.
Tok Guru tiba.

Langkah Tok Guru ter
lalu lemah. Sebelah tangannya memegang tongkat sementara sebelah lagi dipapah oleh seorang pembantu...

Sementara seorang pembantu lagi membawa tiub air kencing.

Langkah Tok Guru terlalu lemah.. Beliau tak mampu pun melangkah masuk ke ruang Solat yg tingginya kira-kira 6 inci dari lantai luar.

Tok Guru pun duduk Solat di depan pintu..

Solat dipimpin oleh Ustaz Nik Abduh.

Selesai Solat ..
Imam meneruskan Kuliah pendek...
Walau pun terlalu uzur..

Tok Guru terus berada ditempat duduknya untuk mendengar kuliah....
Sambil seorang pembantunya mengurut-ngurut kaki dan betisnya.. Tok Guru mengadu lenguh.

Sementara itu, di luar Masjid terdapat lebih 10 orang dgn mendukung bayi masing-masing untuk Majls Bercukur. Seorang pembantu kemudian meminta mereka masuk ke Masjid..

Kerana majlis itu akan disempurnakan oleh Ustaz Nik Abduh...

Tok Guru dah tak mampu... kuliah tamat...
Tok Guru bangun ...
Beliau mengambil masa bbrp minit untuk bangun..

Ternyata Tok Guru terlalu uzur.. Kemudian berjalan keluar ke rumahnya di belakang Masjid..

Tok guru berhenti beberapa kali.. kerana terlalu lemah.. Tetapi mulutnya sentiasa membaca Doa dan Wirid..

Jemaah yang hadir benar-benar terharu melihat kesihatan Tok Guru...
Beberapa jemaah mula menitiskan air mata...

Seorang jemaah tiba datang.. meminta Tok Guru memegang kepala anaknya dan berdoa ...
Tok Guru tunaikan hajatnya.. walaupun beliau sendiri terlalu lemah....

Tok Guru terus berjalan dgn amat lemah dan berhenti beberapa kali untuk menarik nafas...

Peristiwa menyayatkan hati ini disaksikan oleh ramai jemaah ...

Dan ramai yg mengalirkan air mata...

YA ALLAH ...
BERKATILAH TUAN GURU DATO BENTARA NIK ABD AZIZ NIK MAT....
.


- CATATAN SEORANG SAHABAT -

Wallahua'lam....



Najib Razak kata beras tu hasil dari UMNO.... lebih kurang gitu2 lah... jadi, inilah kebenarannya...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena