Monday 29 December 2014

Menteri-menteri UmnoBN kat mane! Muka-muka mana yang timbul...

Isnin, 29 Disember 2014
Allah Allah Allah
Tak dapat bayangkan betapa seksanya saudara kita disana.
Lokasi SMK Maner Urai tingkat 3 | Anggaran 1000 mangsa

Pihak Jabatan Amal sedang berusaha mendapatkan bantuan pengusaha bot sekitar Besut untuk menambahkan bilangan bot sedia ada bagi misi menyelamat dan menyampaikan bantuan. Keadaan banjir kali ini mungkin rakyat Kelantan sendiri tidak terduga. Banyak kawasan yang tidak pernah dinaiki air kini mula dipenuhi air dan penduduk mula mengambil sikap untuk berpindah. Jesteru kelengkapan untuk memindahkan mangsa dalam jumlah yang ramai ini memerlukan komitmen semua pihak.

Terus menyumbang :
TABUNG KEMANUSIAAN PEMUDA
MAYBANK 5640 2540 0100




Mohon bantuan sahabat yg ada lori.tq



Great power comes with great responsibilities.....

Muka2 mana yg timbul....
N muka2 mana yg tenggelam.....

Jgn persoal mana pembangkang.... kerana mereka bergerak dgn duit poket sendiri.
Tidak ada peruntukan khas bagi utk mereka..
Mgkn cuma peruntukan utk kawasan mereka sahaja...jika ada...

Kehadiran mereka satu bonus...

Tpi tidak bgi pihak kerajaan...


Mereke diberi power n punya kementerian untuk memberi manfaat kepada rak



Tadah Air Hujan Buat Rendam Mi Segera


Lima hari tanpa bekalan air bersih, tiada nasi dan bekalan elektrik yang terputus menyebabkan ada mangsa banjir, terpaksa bergelut untuk meneruskan hidup.

Malah, bekas setiausaha politik kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Annual Bakri Harun (bawah), antara yang merasai keperitan itu.

Menceritakan pengalamannya kepada Malaysiakini, Annual, 56, berkata, akibat terlalu lapar, beliau terpaksa menadah air hujan untuk merendam mi segera.

"Sudah lima malam saya bergelap. Saya hanya bertahan makan biskut. Ada mi segera, tetapi tiada elektrik untuk masak air, dan dapur gas pula tidak berfungsi.

"Oleh kerana saya terlalu lapar, saya terpaksa tadah air hujan dengan tangan dan letak dalam bekas untuk rendam mi itu. Bayangkan macam mana masak mi segera dengan air sejuk," katanya.

Sebelum itu, beliau beberapa kali cuba keluar ke jalan besar dengan mengharungi air deras paras pinggang, untuk mencari jika ada kedai menjual nasi, namun hampa.

Semalam genap lima hari kediamannya di kampung Wakaf Zain yang terletak di dalam Dun Salor, dinaiki air.

Kongsi dengan kucing, ayam

Menurut Annual, ketika air mula naik Rabu lalu, paras air di halaman rumahnya lebih satu meter, di dalam rumah pula kira-kira kira-kira 60 sentimeter.

Oleh kerana air naik terlalu pantas, kebanyakan barang tidak sempat dipindahkan termasuk dua buah kereta jenis Mercedes dan Perodua Viva.

Ditanya kenapa beliau tidak berpindah, Annual berkata beliau risau untuk meninggalkan rumahnya.

Bagaimanapun, anak dan isterinya telah dihantar ke rumah orang tuanya lebih awal.

"Hanya sekali saya dapat makan nasi (sepanjang banjir), itu pun hari ketiga apabila jiran menjemput saya.

"Sebelum ni saya hanya makan biskut yang sudah lemau. Itu pun dikongsi dengan tiga lagi makhluk iaitu kucing, ayam dan burung yang saya pelihara," katanya.

Sementara itu, beliau turut melahirkan kekecewaan terhadap kelambatan penyaluran bantuan dan sumbangan dari pihak bertanggungjawab kepada mangsa banjir.

Ketika kunjungan Malaysikini ke rumah beliau malam tadi, sekumpulan sukarelawan dari NGO Darul Hijrah, datang menghulurkan sumbangan berupa makanan kepada beliau.

- mkini
BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena