Monday 29 December 2014

Kelantan Menangis...Fahami situasi banjir Kelantan untuk NGO/Team bantuan dari luar...

Isnin, 29 Disember 2014
Fahami situasi banjir Kelantan untuk NGO/Team bantuan dari luar
1.PASUKAN 4x4 yang membawa barangan ke Pusat Perpindahan, ada ramai. Tetapi bukan bermaksud ianya patut dihentikan. Kerana barangan seperti makanan akan menyusut. 4x4 hanya mampu sampai ke Pusat Perpindahan sahaja.

2. Paling kritikal ialah NGO / Team yang ada bot. Yang boleh akses ke bukit, rumah, kampung, pendalaman; di mana mangsa terperangkap. Ini paling genting. Hanya berharap pasukan bomba dan tentera yang terhad. Bertaburan text SMS wasap meminta bantuan pindah.

3. Hampir semua kawasan banjir, Kota dan Pekan tiada elektrik. Bermakna tiada jaminan untuk NGO / Team sendiri. Sila bawa bekalan petrol / diesel dan generator (Caj bateri gajet, etc) bagi kegunaan sendiri.

4. Kesemua pusat pengumpulan derma banjir oleh NGO / Team dipenuhi pakaian terpakai. Terima kasih dan perlu juga. Tetapi situasi sekarang ialah makanan dan peralatan wanita / bayi. Mohon lori2 bantuan ke Kelantan melebihkankan makanan untuk fasa ini. Fasa surut nanti baru pakaian sangat2 diperlukan.

5. NGO / Team bantuan ketika banjir lebih ramai berbanding NGO / Team bantuan selepas banjir. Sampah, selut, lumpur sangat2 membebankan mangsa yang letih emosi dan fizikal. Kami di Kelantan juga sangat merayu bantuan fasa yang ini nanti.

Kelantan menangis Disember 2014.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena